BERSIH 2.0 – Hari Bersama Keluarga di Rumah

1. Seperti mana isu PPSMI dulu, makin ramai jugak bijak pandai yang lahir sejak akhir-akhir ni. Semuanya berbicara tentang benda yang sama – Gerakan (or Gabungan? Why the F shud I care!) Pilihanraya Bersih dan Adil a.k.a BERSIH 2.0, yang bakal berlangsung pada 9 Julai ni. Lokasi adalah di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur, antara kawasan paling sibuk di ibukota.

2. Formatnya? Berjalan beramai-ramai sambil melambai lambai serta berjabat tangan penuh kemesraan dan keharmonian dari lokasi yang disebut, menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan satu memorandum yang menuntut :

  • Bersihkan senarai undi, tak nak ada pengundi hantu
  • Rombak semula / Hapuskan Undi Pos
  • Guna dakwat kekal untuk ‘mark’ orang yang dah mengundi
  • Tempoh kempen mesti sekurang-kurangnya 21 hari
  • Akses media yang bebas dan adil
  • Kukuhkan Institusi Awam
  • Hentikan Rasuah
  • Hentikan Politik Kotor

3. Dari apa yang aku baca dan faham, ia lebih sesuai dipanggil LAPAN TUDUHAN, bukan TUNTUTAN. Takpe, kita tak payah hurai bab tu. Hari ni aku bukan nak nyatakan pendirian aku terhadap parti politik mana². Aku cuma nak utarakan pendapat aku tentang benda ni, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Aku mungkin ada parti yang aku sokong, tapi dalam bab ni aku neutral.

4. Mungkin bila dengar lebih 100,000 nak berkumpul, ramai yang fikir benda ni direstui ramai kan? Uhum. Salah. Report polis dah lebih 1,000 and still counting – satu rekod baru Malaysia. Lebih ramai yang TAK SETUJU. Kalau ikut prinsip demokrasi, yang SETUJU paham pahamlah ye.

5. Dari kecik sampai besar, aku selalu dengar cerita kedai kopi tentang pengundi hantu apa semua ni. Paling famous, cerita tentang kertas undi yang bertambah ketika mengira undi. Kalau betul, jom belajar pasal proses pengiraan undi. Hmm.. dari mula proses mengundi lah, sebab aku rasa kalau ramai tak percaya SPR, mesti lebih ramai yang tak pernah mengundi kan? Haha. Dari situ, kita mungkin leh detect kat mana loophole, sampai sistem pilihanraya yang kita ada ni dianggap TIDAK BERSIH dan TIDAK ADIL.

  • Daftar kat Pejabat Pos (sepupu aku kata hat ni tak berkesan – try pergi booth kat Perhimpunan UMNO macam aku! Haha)
  • Menjelang pilihanraya Umum, akan keluar daftar undi, untuk check kat mana kita akan mengundi.
  • Bangun awal, mandi, gosok gigi, dan pergi la ke Pusat Mengundi tu. Bawak jugak salinan daftar undi tu, in case.
  • Beratur, lepas tu akan tau kat bilik mana. Pergi bilik tu, beratur lagi. Lepas tu dia akan check MyKad, potong nama kita kat pembaris dan update dalam sistem (or lepas ni, mungkin contiang tangan kita pakai dakwat). Langkah ni akan dapat memastikan jumlah pengundi yang hadir – untuk dipadankan dengan jumlah undi yang dikira nanti.
  • Ambik kertas undi, pangkah elok² jangan terkeluar petak takut rosak undi. Oh ya, jangan lukis balik logo parti tu please.
  • Bila habis waktu mengundi, pusat undian akan ditutup. Semua peti undi akan di’seal’, dan dibawa ke tempat pengiraan dengan escort polis.
  • Semua peti hanya akan dibuka semula dengan kehadiran semua calon (atau wakil calon) yang bertanding.
  • Sebaik siap dikira, satu Borang 14 yang mengandungi semua butiran undi (sape menang, berapa majoriti etc.) akan diisi. Borang tu kemudiannya akan ditandatangani oleh KESEMUA CALON, termasuk yang kalah. Salinan akan diberikan kepada SEMUA CALON jugak. (Ini sebabnya ada leakage, dapat tau result awal!)
  • Sebarang KETIDAK PUASAN HATI perlu diluahkan SEBELUM menandatangani Borang 14 itu. Kalau ada hati nak jadi YB tapi tak tau jugak yang ini, sila masuk Taski balik ye.

Ini versi aku, dalam points. Kalau nak lebih detail, sila baca kat sini. Penulisnya dah tanya SPR sendiri. Kalau tak percaya, cer angpa pulak pi tanya. Tak percaya jugak, pi mampus.

6. Komen tentang undi rosak, undi hantu, undi pos. Mana buktinya? Bukti gambaq tak aci la, aku yang dah tinggal degree graphic aku dekat 5 tahun ni pun still tau nak manipulate kot. Aku leh letak Adolf Hitler pun kat tengah2 gambar Bersih tu, kalau hangpa mau. Takat ‘bukti’ dalam Harakah macam ni, simpan celah ketiak ja la. Sejak artikel bergambar ‘Anwar Dihalang Walikan Nikah Izzah‘ (lebih kurang camtulah aku baca headlinenya) jadi cover Harakah diterbitkan SEMINGGU SEBELUM IZZAH BERNIKAH (SIAP ADA GAMBAQ IZZAH NIKAH LAGI TU!!), aku dah tak percaya dah. Malah lebih tak percayakan Harakah berbanding hangpa tak percayakan Utusan Malaysia.

7. Tak yah la jugak sampai nak panggil 4-5 orang saksi adil.. bagi aku, bukti video pun dah cukup (walaupun angpa tak terima). Cer rekod tengok, tong mana yang dah terkopek sealnya dan disumbat kertas undi hantu tu? Ambik interview video dengan pengundi² hantu tu, masa depa mengaku siap bukti pembayaran apa semua. Nak tegakkan keadilan kan, mestilah siap sedia dengan bukti pa semua kan? Resit jangan buang bang…

8. Ada orang cakap BERSIH belum buat appointment dengan Agong. Malah Agong dikatakan tidak akan berada di dalam negara pun pada 9 Julai. Jadi motif sebenar di sebalik perarakan yang bakal berlangsung tu semakin dipersoalkan (yelah, kata nak berarak untuk hantar memorandum – tapi kalau takde sape sambut kat Istana, nak kasi kat sape?). Yang ni.. hmm.. aku tak berani komen, sebab aku tak dak reference dengan orang Istana untuk nafi atau iyakan benda ni. Mungkin betui Ambiga dah SMS orang Tuanku – mana aku nak pi tau. Cakap mulut, sori, tak terima jugak.

9. Kenapa BERSIH 2.0 ni tak perlu, malah tak wajar? Sila rujuk sini untuk ambik tau apa yang jadi sewaktu BERSIH 1.0 dulu. Perhimpunan yang mulanya melibatkan sekumpulan bijak pandai mengetuai sekumpulan besar pecinta keamanan dan keadilan, tercemar oleh sekumpulan Mat Ngot yang hanya tiba di tempat kejadian pada saat² akhir. Well, itu sebab utamanya. Other ulterior motives that lie behind it, carik sendiri. Aku tak pedulik tentang benda yang takde bukti. Yang aku peduli, aku tanak negara aku kucar kacir hanya sebab sekumpulan orang berjalan sambil buat bising sambil rosakkan harta benda serta kacau hidup orang. Yang jadi mangsa? Ramaaaaii.. pemandu teksi, peniaga Jalan TAR dan pelanggannya – itu hanya sebahagian kecil, KALAU diorang berjaya berarak secara aman.

10. Well. Dah ada mangsa pun. KONSERT DUA RAKSASA ditunda ke 1 Oktober. Read it here.

11. Nak ulang? Silakan. Aku dah lenguh mulut. Ramai dah lenguh mulut. Kalau nak teruskan jugak, aku nak dok umah je.. nak gelak sampai lenguh perut pulak. Dan nasihat aku pun sama untuk angpa semua. Nak terima atau tak, terpulang. Kalau rasa menyertai benda tu angpa leh jadi lebih bijak, dan lebih adil serta telus, terpulanglah.

Sekian.

.

p/s : Aku cenderung untuk merujuk pada penulis² di atas bukan kerana mereka pro kerajaan (some of them dah kena atau sedang menghadapi dakwaan pun kat court, sebab apa yang diorang tulis kat blog). Tapi kepercayaan aku akan mereka ini, adalah kerana:

  1. Mereka tergolong daripada bijak pandai yang mengetuai sekumpulan bijak pandai yang lain. They know what they’re writing and doing, as well as saying. Semuanya based on facts, solely.
  2. Mereka terlibat sendiri dalam Bersih 1. Mereka saksikan dan alami semuanya.
  3. Mereka juga dah lama memerhati senario politik negara, way before me (and most of you) were born pun. They studied what we’re just about to study, and never stop studying pun sampai sekarang.
.
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.” – Surah al-Baqarah, ayat 222.
UPDATE : Nak alasan lagi kuat kenapa warga Malaysia yang baik takkan pernah mahu BERSIH 2.0 terjadi? Baca ini. Jika kamu anak Malaysia sejati, sila terjun lombong jika tidak berasa apa-apa.
Advertisements

4 thoughts on “BERSIH 2.0 – Hari Bersama Keluarga di Rumah

  1. wehh thanks for the link2 yg ko bagi…aku mmg suka dgr pendapat dan info ramai org dari mana2 pihak pun 🙂 sebab aku sniri belum clear, who i gonna vote nanti, we’ll see, siapa yg menarik hati aku nanti heee.. so far, dedua pihak ada ja pro and kons masing2.

    okeh regarding bersih, tuntutan nak adil itu ini.. okeh, fine. aku xsure how far semua tuntutan adalah benar2 tuntutan dan how far ialah tuduhan. hasil2 aku baca, yg bole jadi bukti, ada bbrapa link yg suruh buka laman web spr utk cek daftar pemilih, dan masuk certain no IC, dan mmg pelik sbb bila aku buat, ada pakcik ni umur tahun 1880. dan ada satu lg kes, aku try sniri masuk beberapa IC mereka, semua sama no isi rumah dia.. dlm dekat 88 org berlainan bangsa/agama/jantina duk satu rumah yg sama. ada gamba rumah tu diorang amek, umah kampung kecik ja, so aku xsure betul or sahih ka adalah rumah itu. maybe asrama/apartment ala hostel, i dont know lah, tapi kalau betul, mmg sah xlogic lah. malas la aku nak p cek sniri rumah tu, jauh kat bagan serai (eh dekat ngan kampung hang gak kot) hehehe. sbb most IC dlm rumah tu adalah org tua, who knows sbenarnya adalah rumah org tua kan. so xtau la kena cek sniri p umah tu 🙂

    pasal dakwat ink kekal, dulu aku happy last year election diorang nak buat dakwat ink kekal, tapi very last minute diorang batalkan sistem ink kekal, which make me bit dissapointed dan really wonder.. why? aku xdpt figure out why, kot2 hang tau ka? so aku stuju ja guna sistem dakwat ink kekal, dan utk bakal p/raya kali ni dgr2 brita katanya still xmau guna, xtau sbb apa ntah alasan dia, maybe hang tau ble share 🙂

    ok adioss.. aku rehat di rumah pd harini dan nak tgok skit apalah jadi huru hara kat luaq sana pada 9 july ini, mudah2an xdak apa dasat2 berlaku. amin 🙂

    • Berbeza pendapat tu baguih. Kalau asyik sependapat, kita akan jadi terlalu selesa. Tu jugak salah satu kebaikan BERSIH ni, supaya puak puak yang mentadbir tu tak alpa sangat. Yalah, lama sangat dok dalam air cond, kompem la jadi gemok dan tak larat main basket dah (macam aku).. huhuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s