10 Pantang Jojoe : Part One.

Aku memang banyak pantang dalam hidup. Ada banyak benda yang memang aku takleh tolak ansur (walaupun kadar tolerance aku ni boleh dikatakan tinggi jugak). Well.. ramai orang cakap, pada zaman ni sapa² pun boleh buat apa² yang disukai. Jangan dengar sangat cakap orang, jangan kisah sangat apa orang lain fikir. TETT! Salah. Kalau betul lah falsampah tersebut, cuba pakai baju yang sama straight seminggu, tak yah mandi dan datang kerja tak gosok gigi.

Hep! Jangan tak ngaku (especially yang laki dan masih bujang), bahawasanya tak yah bangun dari tempat tidur untuk bersiap, even untuk satu hari suntuk tu pun adalah satu nikmat yang tak terkata! Tipu dosa woooo…

Okeh. Hari ni aku nak senaraikan kepantangan aku yang terbesar. And yes, you read it right – it’s just the part uno, bebeh. Behold.. loads more to come!

Pantang Satu. Bila tengah drive, ada kereta yang slow nak mampos, duduk lane kanan. FYI, lane paling kanan tu BUKAN UNTUK LAJU, tapi UNTUK MEMOTONG. Walaupun had laju lebuhraya Malaysia ni 110km/j, tapi kalau kamu tu bawak cun² 110km/j, silalah duduk lane tengah, iaitu LANE SEBENAR UNTUK LAJU. Tak payah la nak terkinja² membebel atau tunjuk jari tengah kat aku, bila kena cucuk or high beam, or worst – KENA HON! Pastu argue pulak, “kan had laju 110 je… kereta belakang ni bodo ke hape?“. Itu hak dia nak laju, kereta dia mungkin lebih mahal. Tapi TANGGUNGJAWAB ko, pegi kiri. Lebih parah lagi, jenis degil camni selalu pakai kereta nasional macam aku je. BODOH.

Pantang Kedua. Kereta yang laju Maha Gaban, drive kat lorong tengah atau kiri, tapi dok galak high beam or cucuk. Lu pehal brader? Kalau lu hebat sangat, pegi la cucuk keta lorong kanan nuu. Owh, kereta laju yang dok gatal cucuk jugak kereta lembap kat lane kanan tadi tu pun sama jugak gediknya. Kalau dah lane kiri tu clear, potong jelah kiri. Alang² ko dah tak ikut rules dengan speeding, potong kiri dengan selamat tu worse ke dari mencucuk orang? Kena dia tu jenis cepat panik dan terus break, tak ke naya kereta ko bersenggama dengan keta dia!?!!

Pantang Ketiga. Jenis yang tak mengaku salah. Ini, maaf cakaplah ye, mainly perempuan. Not the ones I know, thankfully. Ok, semua maklum kamu tu cepat panik bila salah. Tapi tak yah la nak snap, pastu serang orang lain yang patut serang kamu dulu tu. Apa, ingat kalau kamu marah dia dulu, terus dia lak yang jadi salah? Gila ka? Aku pernah kena camni kat parking sebuah hotel mewah. Kereta minah BERTUDUNG tu dah masuk no entry, tapi dia tetap tanak pergi tepi or reverse. Belakang keta dia kosong je, tapi belakang keta aku dah beratur panjang. Hon pun dia buat derk je. Sudahnya, kami semua jugak yang kena susah payah selit ikut tepi. Penutupnya? Dia pulak yang tunjuk MIDDLE FINGER kat aku. Eh? Aku ke yang salah?? Oh ya, aku ulang sekali lagi – minah tu BERTUDUNG macam Kak Wan.

Pantang Keempat. Minah pakai tudung, perangai nauzubillah. Gelak mengilai, pakai baju ketat, NAMPAK MACAM MACAM, mencarut, peluk sana sini dan pelbagai lagi. Kak, pakai tudung tu bukan setakat fesyen je tau. Perangai kena jaga, sebab secara tak langsung kamu tu jadi ikon Islam. Sedar tak? Tak sedar? Haishh.. moga² sedarlah pasni ek. Owh.. same goes to mamat lebai’s yang perangai astaghfirullah. Huhuu. Yang ini, memang banyak.. sekaligus mencambahkan lagi skeptikal masyarakat terhadap mereka.

Pantang Kelima. Minah seksi yang memang seksi Masya-Allah, tapi jegil mata macam nak tercabut bila kena ushar. Hoih. Apa motif pakai kalau bukan untuk ditengok? Ke, ada target mamat tertentu je leh tengok? Kalau ada, tarik jelah mamat tu masuk store room atau bawak balik umah, pastu hah – tunjuk jelah puas². Kome tu sebaik-baik hiasan (minus the solehah part), pasal tu disuruh tutup serba serbi. Kami kaum laki ni.. err.. memang dah semulajadi pandai menghargai hiasan. Reti?

Pantang Keenam. Orang yang suka salahkan diri sendiri, dan lebihkan orang lain. Bagi aku, golongan ni lebih malang dari yang suka salahkan orang lain. Benda ni, memang aku pantang dari kecik lagi dah. Penat ja masuk kem motivasi sana sini, dengaq ceramah ayah Huserk (hehe selit skett Serk.. peace!) 2-3 hari, tapi motivasi diri letak celah longkang. Tak cukup dengan tu, suka mintak nasihat tapi haram tak penahnya ikut. Haishh.. nak je aku pelangkung, tapi ramainya pompuan yang macam ni. Yang laki, over confident la pulak! Masalah jugak tuu…

Pantang Ketujuh. Tak tau, tapi tak penah reti bertanya. Weh, satu²nya manusia yang diberi segala ilmu yang ada di dunia sebaik dia dilahirkan, adalah ADAM A.S. Kamu tu memang cucu cicit dia, tapi status kamu jauh panggang dari api! Kita bukan dilahirkan serba tahu, macam Profesor Serba Tau. So, tanyalah.. takkan jatuh punya harga diri bila bertanya. Tapi jangan asyik nak bertaaaaaaaanya je. SEDIA AWAL, Tumpuan, Ulangkaji. Check dulu topik yang tak tau tu. Kalau tak paham jugak, baru tanya. Tahu? Ke tak tahu jugak? Haishh…

Pantang Kelapan. Ini lagi teruk. Tak tahu, tapi buat² tahu. PALA TAU, bak kata budak Mat Jiwa. Haha. Spesis ni aku golongkan sekali dengan anasir² yang nyanyinya ke laut, tapi tak penah nyanyi kat laut.. asyik nak nyanyi depan khalayak ramai je. Mereka ini berkembang dengan cukup pesat di pusat² karaoke, baik yang secara terbuka, dalam bilik mewah atau habitat asal mereka – karaoke jamban. Yang jenis nyanyi slow² malu² tu takpe la, maybe just suka². Tapi selalunya diorang ni tak penah tau pun diorang takleh nyanyi – memanjang je nyanyi dengan showmanship bagai. Pilih lak, lagu² tinggi nahaiiih punya. WORST – Siap jadi PENGKRITIK lagi tu! Haishh…

Pantang Kesembilan. Penyanyi yang baik, menyombong. Atau nak lagi sedap ayat ni, artis yang menyombong. Weh, yang buat kome kaya, letakkan kome kat puncak dunia apa semua tu, KAMI laa – rakyat ‘negara seni’ kita ni. Tak yah nak menyombong sangat. Ye, paham.. kome tu keja 25 jam sehari. Tapi senyum dan tolak baik² kalau tak sanggup melayan. Owh, sama jugak artis yang asyik melaaaaayan je. Wasatiah tu, berguna bukan dalam agama je ye. Haishhh.

Pantang Kesepuluh. Orang yang kaki komplen. 26 jam, 9 hari seminggu, keja dia kooooooooomplen je. Itu tak kena, ini tak kena. Baik ke idak ke, semua dia nampak buruk je. Orang semua salah, dia jelah yang betul. Semua benda pun dia pantang! Perasan bagos! Orang jenis ini.. eh.. macam kenal je .. erk.. uhum.

_______________________________________________________________

Bunga semarak
indah nama seri rupa
bersemadi ayu tengah rimba
dipuji dan dipuja oleh unggas dan serangga
setiap detik tiap ketika..

Bunga semarah
berhijrah ke kotaraya
rendang teduh oh merah berwarna
hias taman perdana
lambang paduan negara
jadi pujaan penglipurlara..

Dibelai penuh mesra
bersemarak dalam jiwa
dijulang megah dijunjung bangga..

Asalmu oh dari rimba
kini menghiasi kota
jadi kemegahan negara..

Bunga semarak
kembang mekar dalam hati
setiap masa dipuja puji
di darat bak jambangan
berlayar di samudera
menuju ke puncak bahagia…

..credits to yusni hamid.

p/s : Sapa tau lirik betul lagu ni? Surprisingly, lagu beliau yang lain ada kat net, yang ni je takde. Huhuu…

Advertisements

14 thoughts on “10 Pantang Jojoe : Part One.

    • Hahahahaha.. idea boleh didapati di mana², sahabat. Tambah plak yang sebagus itu. Hahahahahaha lagi.

  1. Salam.abg dah jumpa ke tajuk lagu yusni yg abg cr tu.saya pun dah lama cr msh tak jumpa.apa kata cuba check kat arkib negara

    • Er.. ‘abang’ bukan mencari tajuk ‘dik’, tapi lirik. Kalau dapat dengar skali lagi je lagu ni kat radio, insya-Allah leh la kompem lirik kat atas ni.

    • Er.. kalau tak silap, tajuknya BUNGA SEMARAK – DATO’ YUSNI HAMID.
      Tak lama sangat lagu ni, dalam early or mid 90’s.
      Terima kasih banyak² sudi bantu. =)

  2. 5 tahun kemudian. Dh dpt lagu?
    Dlu sy dgr lagu ni kt radio. Time tu sy sek ren. Skg lagu tu terngiang2 di telinga.search tp x jumpe. Pernah 1x dgr di klasiknasional fm lagu ni.

  3. Masa tu lagu ni aku dgr time aku tgh siap2 nk ke sekolah form 1.asal je tgh hari pasti aku bukakan radio kuat2,sambil siap2 sambil layan lagu ni.mmg merdu sampai menusuk kalbu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s