Karnival Pahala 2011

Marhaban, ya Ramadhan.

Ya ya.. semua orang (almost) tulis macam² kat wall dan twit masing². Trend ‘pandai sejarah’ is sooo yesterday, diganti plak dengan ‘pandai agama wal ibadah’; berkuat kuasa hujung minggu baru² ini.

Masing² akan update berbuka kat mana, masak or makan apa, diulami pulak dengan patah-patah takbir, tahmid, tahlil dan tasbih.  Tak kurang juga yang update, bagitau tarawikh berapa rakaat dengan siapa dan di masjid mana. Paling koman pun confirm akan menyuarakan kekesalan atas ketidakmampuan berpuasa atas sebab keuzuran.

Alhamdulillah. Ini semua tanda Islam dah jadi satu trend, tak gitu? Maka berbanggalah. Kita sebagai orang Islam kan wajar berbangga atas senario yang maha positif macam ni?

Oklah. Nama pun bulan puasa. Cakap banyak nanti bertambah dosa, pahala puasa diderma sesia. Jadi, apa kata kita just dengaq lagu ja hari ni?

Nahh.. lagu² yang menaikkan roma aku, sempena Karnival Pahala 2011 ni.

______________________________________________

.

Alhamdulillah.. kita selamat
kabus dah hilang.. perang dah tamat
nyanyikan lagu.. damai dalam lena
jangan buka mata
realitinya sungguh berbeza..

Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
seluruh umut manusia boleh tersenyum lebar
perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
senjata dah dilucutkan malahan dibakar..

Jalan dah dibuka bekalan dah dihantar
pengawal sempadan bersalaman dan bergambar
tiada lagi askar askar luka main kejar kejar
kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar..

Bumi berhenti bergetar tak perlu rasa gentar
tiang dah dipacakkan, bendera berkibar
yang sembunyi keluar dah bersinar di luar
burung besi pulang yang sebenar legar legar..

Langit koyak dah ditampal, tiada halilintar
laut merah pudar, jala kembali ditebar
di desa bunga mekar, di bandar bangunan tegar
bunyi mercun, bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar.. perang dah tamat?

Perang sudah tamat, kita jadi buta warna
lihat kulit manusia semuanya sama saja
pembunuhan, permusuhan, semua syak wasangka
harus dihentikan berkuatkuasa serta merta..

Piagam Madinah dihidup dan dijana
semua agama Ibrahim aman hidup bersama
perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
tak disebut, tak diguna
tak lagi dicari makna..

Perang sudah bubar, perang sudah bubar
ganti sebiji peluru dapat sebatang cigar
perang sudah bubar, perang sudah bubar
ganti sebatang senapang dapat sebiji gitar..

Mereka kata tidak mungkin, aku balas “benar”
cuba tutup mata, baca risalah diedar
perang sudah tamat, kunyanyi separa sedar
perang sudah tamat?
maaf.. bukan cerita sebenar.

Hari hari tengok berita buruk jam lapan
hari hari tengok saudaraku berbunuhan
bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
bukan aku, bukan kamu
ajal, Dia yang tentukan..

Ada Torah, Zabur, Injil , ada Quran
kalau Iqra’
tiada ibu, bayi mati berpelukan!

Ada I Ching, ada Tipitaka, ada Veda
habis baca semua
baru sedar kita tiada beza..

Kita manusia, lain nama dan fizikal
persamaan utamanya kita akal
biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hipotetikal – tiada peta politikal..

Saya orang aman, saya bukan orang jahat
saya benci perang, saya rela bersahabat
nyanyi lagu damai, satu dunia ikut rapat
sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat…

..credits to malique dan rabbani.

_____________________________________

Dan lagu ni, yang dah tahun keberapa berturut aku letakkan lirik kat sini. Kali ni, aku bagi dengaq pulak. (Versi asal laa.. nak versi aku, mahai.. hehe)…

.

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
nikmat Allah mengalir mencurah curah..

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahaddah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya..

Jagalah lidah
dan juga tutur kata jangan sampai
mengumpat dan berkata kata dusta
pelihara mata dan kawal telinga
agar berbuat yang diredhai Allah..

Langkahkan kaki menuju kebaikan
jangan melangkah
ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban ke kancah kehinaan
di dunia lagi beroleh pembalasan..

Tangan pun juga
hendaklah perlu dijaga
elakkan diri mengambil hak orang lain tanpa redha
kukuhkan perpaduan hindar permusuhan
sesama jiran rakan dan taulan..

Jadikanlah Ramadhan gelanggang untuk beribadah
bukan sekadar berlapar dan dahaga
Ramadhan setahun sekali sahaja
rebutlah peluang jangan ketinggalan..

Meriahkan ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahadah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati…

..credits to nadamurni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s