Mat Raja Kapor

Raya dah lepas. Walaupun kalau ikut ‘kampung’ favourite aku iaitu Kuching, raya patut disambut genap sebulan (ya, siap berbau Melayu bersamping penuh), dan walaupun aku macam terhutang beberapa entry bukan saja untuk raya malah juga untuk Ramadhan tapi cukup² la tu. Sebab kita ada isu yang lebih menarik untuk diperkatakan di sini. Serius menarik.

Aku malas nak ulas panjang pun isu ni. Bagi aku, kalau dah tau apa yang dikisahkan mahupun diperkatakan tu dusta semata, baik kita tak payah panjangkan cerita.. betul tak? Tapi bila carian aku kat Googol (ya, itulah ejaan sebenar bagi 1 kuasa 100 ya, adik²) membawa aku kepada yang ini

.

walaupun hakikatnya aku cuma nak cari yang ini

.

..aku pun mulalah letih. Haih.

.

.

Well well well. Aku cuba la korek sana korek sini, nak cari hujah untuk fahamkan kalian yang tak berapa nak faham faham jugak tu. Haih. Yalah, sama macam nak bagi budak kecik tak mumayyiz faham, kita kena sertakan cerita dan kalau boleh audio visual, barulah menarik dan melekat dalam kepala dia, ye tak? Tapi tak boleh jugak cerita rekaan, nanti aku yang tak berapa nak pandai sejarah ni plak disalahkan. Tett!

Akhirnya, aku terjumpa yang ini. Cerita yang cukup lengkap, cukup hebat, dan cukup berkesan. At least bagi aku, yang aku yakin dah lama mumayyiz. Hehe.

Berdasarkan perenggan² di atas ni, rasanya dah boleh agak kat belah mana stand aku. Atau kalau kalian jenis yang BM dapat A2 ja macam aku, suka aku jelaskan bahawasanya

aku tak kisah pun apa mamat tu nak cakap. Tak pernah kisah pun. Bukan sebab aku setuju, tapi sebab aku tau dan yakin bahawa apa jua yang keluar dari mulut dia, tak pernahnya boleh dipakai. So buat apa buang masa pening kepala fikir apa yang dia cakap.. kan? Membazir masa, membuang tenaga. Silap², ilmu pun makin hilang.

.

.

Nak bercakap pasal sesuatu bidang yang khusus, jumpalah ahlinya. Diorang dah bertungkus lumus hidup mati balik berpuluh kali mengkaji dan mengulangkaji bidang tu, makanya janganlah siakan. Nak tau pasal seni contohnya, carilah pensyarah seni yang berlambak kat Malaysia ni. Atau pergi je ke Balai Seni Lukis (atau bakal ditukar kepada Balai Seni Visual dengarnya) Negara, tanya sama barisan kurator di sana.

Tak bezanya jugak kalau nak bercakap tentang sejarah. Kita ada raaaamai pakai sejarah. Tanyalah, jangan sampai diorang naik marah. Jangan sampai ditegur sinis macam yang gambar pertama kat atas tadi tu kena dengan beliau ni.. tak ke malu?

Tak kenal beliau? Owh.. ya tak ya jugak. Aku pernah mengamuk kot kat sini, pasal Rukunegara. Kalau dah Rukunegara pun tak hafal, atau lebih jijik lagi dianggap TAK PERLU HAFAL, manalah nak kenal salah sorang individu yang bertanggungjawab merangkanya, ye tak?

Kesimpulannya, some things are better left unsaid. And yes, things that used to be highly harmful to our nation’s safety and harmony, are pretty well included on the top list.

Capisce?

_______________________________________

Advertisements

2 thoughts on “Mat Raja Kapor

  1. Hehe. For me, seronok je ikut. Sebab jujurnya sebelum ni aku tak kenal pun siapa Mat Indera tu. So bila ada issue2 mcm ni, secara tak langsung motivate aku utk tau details. Sama lah dengan kes Lynas, dakwat kekal, etc. 🙂

    • Yupp2, sumhow aku setuju. Aku pun ikut. Haha.
      Nak follow tu ok ja, tapi untuk jadi sumber rujukan, atau sumber hasutan untuk gaduh tu yang rasa tak berbaloi.
      Huhuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s