Calar

Aku ada baaaaaaaaanyak cerita yang tertangguh sebenarnya – cerita Keklin dengan Andikanya, cerita Chi’un dan Chikun, cerita Abang, cerita rambut.. eh, memang banyaklah. Tapi.. haih.. semuanya sangkut kat kepala je, tah kenapa taknak kuar². Doakan aku dapat kekuatan untuk memerah semua rangka cerita ni keluar ye, supaya dapat aku kongsikan segera dengan kamu yang berlima.

Hmm.. nak cerita pasal apa ni?

Owh.. ha’ah. Itu.

Beberapa hari yang lalu, atau lebih tepat lagi Khamis lepas. Mungkin ramai yang maklum (dah kata 5 je readers, nak ramai kebenda tah), Silver Fox sudah ‘kena’. Huhuu sian dia. Walaupun rupanya tidak sekacak kereta lain, entah kenapa dia dijadikan mangsa.

Petang tu, aku balik macam biasalah.. menapak pergi ke parking belakang atau kitorang panggil No Man’s Land. Tanpa sebarang ragu, aku bukak pintu, mencelapak masuk dan terus drive macam biasalah. Sambil jalan tu aku perasan jugak, apsal berat semacam, dan stereng berat ke sebelah kanan? Hmm.. aku tak syak paper lagi, walaupun memang berat gile sampai nak tekan 20kmj pun tak mampu dowh!

Sampai je kat East Area (masih dalam kawasan opis, fortunately – FYI, inilah kawasan anjung depan, di mana kalian akan nampak logo mother company aku yang sebesar alam itu), instinct aku kuat suh aku bukak tingkap, maka aku pun bukak untuk dengar kot² ada bunyi yang kurang enak. Sambil tu, aku tengok ada beberapa pasang mata dah start follow pergerakan kereta aku. Ya, benar. Bunyi yang kedua paling kurang enak – bunyi tayar kempis. (Yang paling kurang enak adalah bunyi kipas tetiba kuat macam teksi Mercedes Pak Mat – tandanya tangki minyak hitam anda bocor – bermakna anda akan kehabisan habis busuk pun RM500).

Tayar aku flat gile dowh! Alahai. Aku tak tau nak react camne. Speechless. Ada le tu aku terlanggar pape kot (pujuk hati). Tak sempat pun nak react, tiba-tiba je ada 4 wira perkasa datang kat aku, dengan muka tersengeh dan ayat pedas yang bunyi lebih kurang macam ni,

Ha.. tu lah. Suka sangat blah awal. Ko ingat bos Mat Saleh tu takde daulat ke?

(Sebagai penulis skrip, aku berhak untuk menambah perisa kay!)

Dan 4 wira itu jugaklah yang membantu aku tukar tayar. Siap ada yang tertonggeng, tercabut topi lagi tu! Walaupun selama ni aku yang dok tolong orang, tapi masa tu aku akur jugak bila ada orang nak tolong. Hehe. Liga Wira Wira pasti berbangga.

Dalam dok sibuk tukar tayar, aku terperasan something (or salah sorang diorang yang tegur kot – aku dah lupa – dah seminggu kot?!). Awhh mannn.. benda yang aku nampak ni, menafikan terus yang aku ada terlanggar apa².

.

.

Apa? Tak clear? Huh.. ngada tau. Benci i. Nah, aku bagi close up punya.

.

.

Cantek tak cantek tak? (terpulang, nak tiru gaya Eric Leong or Man Raja Lawak)

Yupp². Corak, kedudukan, arah serta kedalaman calar itu, menunjukkan sesuatu yang keras telah menyentuh permukaan pintu yang bercat itu, dengan tekanan yang agak kuat. Dan arah calar itu, yang berlaku secara berulang dari atas ke bawah, telah menafikan sebarang bentuk ketidaksengajaan (kalau aku langgar pape, mesti corak tu kiri ke kanan, dan tak sedalam itu).

Wow. Silver Fox kena sabotaj? Kereta aku, kena sabotaj? AKU, kena sabotaj?

Benar. Bukan aku saja, kawan² aku pun terpempan sama. Atas alasan apakah, aku nak disabotaj? Kejap nak check.

  • Aku penah rogol anak dara orang ke?
  • Aku penah langgar or bergesel dengan keta orang ke?
  • Aku penah dajal sesapa ke?

.

Hmm.. tiga kata paling berharga tiga kebarangkalian di atas, aku mampu nafi dengan riak dan mudah sekali. Huhuu. So, apakah dosaku sehingga diperlakukan sebegitu rupa?
.
Akhirnya aku gagahi pulang dengan tayar spare berwarna kuning itew (ya, tayar spare Gen2 adalah berwarna kuning ya, tuan² dan puan² – mungkin Pesona pun sama kot – tiada merah, maaf ya Pa’it dan Meown). Silver Fox aku tinggalkan di workshop Kekasihku, untuk diperiksa pada keesokan harinya. Dan berdasarkan pemerhatian serta pemeriksaan oleh mekanik² Proton yang bertauliah, inilah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:
.
Encik Hazaril Firdaus Jojoe Ali,
Mekanik kami mengesahkan bahawa tayar kereta encik memang sengaja dipancitkan kerana terdapat batu di dalam tiub tayar. Malah, kesan calar yang dalam di pintu juga menguatkan lagi bukti bahawa kereta encik memang telah dianiaya dan bukannya kerana kesalahan encik. Namun begitu, keadaan tayar encik dalam kondisi yang baik. Terima kasih.
.
Haih.
.
Oh tak.. aku tak block kereta orang. Walaupun nama ruang parking tu sedemikian rupa, aku tetap parking dalam petak, di antara kereta orang tanpa menghalang sebarang jenis kenderaan atau objek sekalipun. Teorinya, mungkin orang tu tersilap orang (walaupun masih belum dapat diteka, apakah kesalahan orang sebenar tu sampai sanggup diperlakukan begitu). Di sini, semuanya profesional. Sistemnya cukup profesional, tapi agak ralat bila difikirkan masih wujud individu sehaiwan sejahil itu.
.
Oklah oklah. Aku tak boleh, tak mampu dan tak nak teka pun siapa yang buat kerja ni. Apatah lagi kenapa, bagaimana ataupun bila. Hasil didikan Mama Abah Mak Ayah Tok Nenek Guru Ustat Ustazah aku semua, dengan seikhlas hatinya aku maafkan perbuatan tersebut, dengan sangka-sangka yang baik belaka. Tak cukup dengan itu, aku titipkan jugak doa – supaya si pelaku itu insaf dan sedar akan perbuatannya; serta tidak akan lagi mengulang perbuatan khianat itu pada aku atau sesiapa jua pun.
.
Alhamdulillah. *tarik nafas panjang.. lepas*. At least, dia hanya calarkan kawasan seluas dua tapak tangan, dan hanya pada satu pintu. Dan tayar yang baru aku tukar sebelum cuti raya itupun tidak dirosakkan, hanya disumbat batu pada tiub, untuk melepaskan angin secara sangat konsisten.
.
TA-PI, itu aku. Kena ingat sama, aku jugak tak boleh dan tak mampu (walaupun aku nak) untuk halang sesiapa saja dari kalangan aku dan orang-orang sekelilingku untuk bertindak balas. Jauh sekali aku mampu untuk teka, apa yang mereka akan lakukan ke atas kamu, jika dan hanya jika kamu itu dapat dikenal pasti.
.
.
!@#$#%^~^&^!&%@#$! (dalam hati)
.
.
p/s : Terima kasih buat Ayet, Ciko, Cino dan Razi sebab tolong gua. Thanx bros…
p/p/s : Owh.. terima kasih jugak, sebab bagi aku alasan yang kuat untuk cat semula. Mungkin lepas ni Fox itu tidak lagi Silver, Allah knows.
______________________________________________
Advertisements

6 thoughts on “Calar

  1. Der, ada ‘orang’ tinggal msg kat lu. Ni dia,

    “Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya”. (HR. Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s