SEDIH

Aku memahami konsep kesedihan saat menerima berita kematian, sejak aku kecik lagi. Cumanya, tak ada sebab yang kukuh untuk aku bersedih ketika ada orang di sekeliling aku mati, sebab I barely knew them pun actually. Masa aku kecik (‘kecik’ di sini merujuk pada tahun-tahun sebelum masuk sekolah rendah ye) , yang aku ingat cumalah arwah Tok Lang dan Mak Chaq. Aku cuba ingat kenangan dengan diorang untuk cari feel sedih tu, tapi tak dapat.

Kesedihan pertama yang agak fake bagi aku, adalah saat kematian Pak Chaq Chot. Masa mula-mula pindah Kulim, Pak Chaq la banyak layan aku. Rumah kitorang sebelah menyebelah je. FAKE pada aku, sebab aku paksa diri aku nangis, setelah nampak Keklin nangis. Huhuu.

Apa yang aku cuba, dan apa yang aku cari, akhirnya dapat jugak pada aku. Hari ini, 14 tahun yang lalu. Mak pergi, setelah hampir setahun berjuang melawan kanser. Lebih sadis lagi, seminggu sebelum tu adalah birthday Abah. Dan Abah, tak dapat dikesan ketika mayat dimandi serta dikhafankan. Masa tu, aku nampak wajah anak-anak Mak masing-masing memang gagal sama sekali.

11 tahun berselang, Abah yang kononnya akan hidup 20 tahun lagi, mengikut jejak langkah Mak, tanpa sempat sambut birthday nya yang ke-60. Janji Abah disahut dengan cukup mudah – cuba ralatnya, tanpa sesiapa di sisi. Pemergian Abah hanya disedari mungkin beberapa minit berselang, setelah tubuh kakunya ditemui berbaring tenang di sisi kereta – dengan tangan kemas terqiam. Dia pergi, tanpa perlu susahkan sesiapa.

Dua-dua yang paling aku sayang, dua-dua pun dah kembali. Masa kecik gatal nak sedih sangat, sudahnya aku sedih tak sudah sampai bila-bila. Ada lagu, ada tempat, ada bau dan ada hikayat yang takkan mampu aku ingat dan harus aku elak cepat, atau air mata saja cagarannya.

Hari ni, aku cuma ada Mama dan Ayah. Biarlah kedua-duanya pergi nanti dengan tenang dan menenangkan. Biarlah sempat kubuatkan segala yang kuniat, agar ralat dan keterkilananku tidak dilepas liar berlarutan.

Ayah lelaki yang kuat, aku tahu. Dari kekuatannya, anak-anaknya termasuk aku anak kecilnya, turut kuat. Jadinya, tak banyak yang perlu aku walangkan.

Mama. Ini separuh jiwaku. Atau mungkin lebih tiga suku nyawaku. Dia.. wanita terkuat pernah aku tahu.

Makanya, misi ini harus jadi nyata.

Abah, Mak, tak pernah aku berhenti doakan kalian agar tenang-tenang sahaja – maka doakanlah aku berjaya.

________________________________

(untuk elak aku habiskan airmata sorang-sorang macam biasa, apa kata aku kongsi lagu yang dah berjaya mengGAGALkan adik beradik aku yang lain di Facebook?)

.

.

Sewaktu azan mendayu-dayu
ibuku pergi meninggalkanku
perginya takkan kembali lagi
kerna takdir telah menentukan..

Doa restu
kuutuskan untukmu ibu
semoga diri ibu bahgia
di akhirat yang kekal abadi..

Ibuku.. kau pemupuk kasih sayang
kerna kaulah ibu yang tercinta
baktimu padaku tidak terkira
hanya tuhan dapat membalasnya..

Doa restu
kuutuskan untukmu ibu
semoga diri ibu bahgia
di akhirat yang kekal abadi..

Ibuku walau kau pergi dulu
namun kutetap mengingatimu
kasihku padamu seperti dulu
selamat tinggal ibuku..

Doa restu
kuutuskan untukmu ibu
semoga diri ibu bahgia
di akhirat yang kekal abadi…

..credits to soutus sofwa.

Advertisements

2 thoughts on “SEDIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s