Nasi Lemak 2.0

.

Dah. Memang direct je sudah, tak payah nak bunga-bunga sangat tajuknya. Hahaha.

Filem ni keluar dan meletup di pawagam sejak sebulan yang lepas. Malam Merdeka, dia premier kat Australia. Selang seminggu kat sini, Malaysia. Dan aku? Baru berpeluang menontonnya, semalam. Itupun kat Astro First. Hehe.

Ramai orang cakap, Melayu tak patut tonton filem ni. Ramai jugak yang cakap, sapa yang tonton filem ni, dia tak layak mengaku diri sebagai Melayu.

Perghh.. filem je pun der, bukan gua pegi demo bantai Melayu dan Ketuanan Melayu macam lu orang pun! Oops. Macam ni jelah. Aku sanggup mati untuk Melayu aku. Dah, titik. I was saying..? Owh…

Atas rasa ingin tahu, dan nama keadilan sebelum pengadilan, maka aku jadi tak sabar nak tengok filem ni. Ya, kat Astro First. Memang tak penah ada niat pun nak tengok mana-mana wayang, baik GSC yang dah tarik balik tayangannya, atau di mana jua wayang berada. Haha.

Sebagai Melayu tulen yang dicipta daripada darah pelbagai bangsa utama dunia, aku cuba ‘baca’ filem ni dengan mata hati jiwa yang paling terbuka. Aku tak nak end up jadi macam penulis yang sorang ni – yang main tulis guna hati saja, tanpa jiwa. Lisan artikelnya kental Melayu, tapi kelayuan jiwanya jelas melulu.

Filem ni simple saja, takde apa yang berat sangat pun. Ceritanya tentang Hero Huang, seorang budak lelaki yang menyimpan cita-cita menjadi tukang masak terkenal – terkesan dengan aksi berani seorang tukang masak yang menyelamatkannya dari ancaman samseng jalanan. Dah besar, dia pun masuk Institut Masakan di China, grad, dan bukak restoran sendiri. Walaupun dah belajar jauh-jauh, tapi dia gagal memahami selera pelanggannya yang enggan menerima ramuan tradisi Cina yang diamalkan dalam resepinya. Didesak oleh pelbagai faktor, akhirnya dia akur akan kelazatan Nasik Lemak Melayu, dan berazam untuk mempelajari rahsia di sebaliknya.

Simple, dan agak familiar. God Of Cookery, ring the bell? Yupp, bezanya instead of mencari rahsia masakan sebenar di sebalik resepi beef ball sampai ke Shaolin Temple, Hero Huang ni mencari makna di sebalik Nasik Lemak – masakan tempatan yang cukup simple tapi ramai pemujanya, di 3 lokasi dengan 3 karakter berbeza.

Bunyi memanglah macam simple, but knowing Wee Meng Chee, kita patut dah boleh agak yang filem ni bakal dipenuhi dengan sindiran serta ledakan ketidakpuasan hati yang bermaharajalela – terhadap raja, negara, pemimpin dan semua yang berkenaan, kan?

TETT.

.

.

.

.

Salah. Iya, aku dengan berani kata SALAH. Sebab? Sebab aku dah tengok! Hahaha.

Memang filem ni filem Namewee. Gaya Namewee. Tempo dan look & feel nya sama. Seketui, takde yang berubah. Cuma ramuannya saja agak lain. Mungkin penambahan usia, berjaya menyerenjangkan graf kematangan dia karyanya? Aku tak pasti.

Yang aku pasti, filem ni memang tujuannya untuk mengena. Dan aku jugak pasti, RAMAI yang terkena. Despite of the facts that most of his earlier products yang cukup tebal anti-Melayunya (alah tak yah nak deny sangat.. berani buat berani tanggung, tak berani tanggung jangan buat!), including the overrated Negarakuku; yang paling teruk terkena menerusi filem ni adalah kaumnya sendiri – the Chinese. YES. Aku pasti, amat pasti sekali, banyak aspek kalian yang terkena. In fact kalau aku ni Cina, confirm aku akan muntah darah dalam panggung. Haha.

Kalau tanya aku, aku bagi 4/5. Sebab filem ni lengkap. Technically pun cun. Teknikal, campur taktikal, much better than most of so-called national films pun. Kenapa? Apa yang best?

Nahh.. aku takkan ulas panjang or sebut satu persatu pun, atas dua sebab. Pertama – aku skang ni cepat lupa. Dah makin nyanyuk kot. So, nak ceritakan balik babak-babak dalam filem ni secara detail, confirmlah aku dah lupa. Aku skang ni dah jadi jenis yang kena tengok 2-3 kali, baru boleh hafal. Haha. Dua – setelah menonton hingga habis, aku rasa filem ni layak dapat tontonan semua – baik yang menyokong mahupun yang membenci apek yang actually berwajah agak Melayu, siap berjambang ini.

Silalah tengok. Kalau aku ulas pun, apa yang aku rasa dan fikir, mungkin tak sama dengan apa yang korang rasa or fikir. Bukan suruh sokong dia, but at least aku nak bagi peluang untuk korang pulak rasa pasti. Tengok dulu, pastu terpulanglah nak kata apa pun, sebab korang dah bayar untuk dapatkan hak menghentam atau mengutuk (memuji sekali la, of course). Tak tengok, janganlah menyalak bukan-bukan tentang contentnya. Salak tuannya, yes – tapi bukan filemnya ye? Bukan apa, takut termalu je nanti der. Biarlah orang nampak kita ni rasional sikit, bukan main aci redah je. Bijakkan diri sikit, ape salahnya.. ye tak?

Well, aku dah bayar RM15. Suka hati aku la nak kata apa pun! Hauhuahua.

.

.

p/s : Mr Wee, don’t smile just yet. Your Negarakukuchiao, and dozens of other racist pieces, still suck. Big.

.

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s