Takziah

Aku mulakan hari aku semalam, dengan satu berita yang amat mengejutkan, via SMS.

Salam Joi. Mak aku baru meninggal dunia. Al-Fatihah.

Macam yang aku tulis dalam beberapa entry yang lepas (alah.. yang sebenarnya aku tulis semalam tapi tukar tarikh tuu), aku hanya pernah mengharap untuk dengar berita kematian ketika aku belum mumayyiz dulu. Sebab bila ada orang mati, kita akan sedih. Bila sedih, hidup kita akan jadi dramatik. Bila drama dah hadir dalam hidup, itu petanda kau dah jadi seorang pelakon. Artis.

Dan bila dapat berita ni, memang aku tak tau macam mana nak react. Sebab aku baru tau, drama hidup dan drama tv tak pernah langsung berada pada takuk yang sama.

Aku macam boleh dengar otak aku berputar ligat, cari jalan macam mana nak pergi jugak. Pikir punya pikir punya pikir, memang tak termampu aku. Haih.

Kalau ikut hati, memang aku nak pegi ziarah kat Ampang, and ikut all the way ke Rembau.. tapi tak boleh.  Sebab hari tu hari Selasa. Hari Selasa, macam ramai tahu, adalah hari sibuk aku. Paling sibuk dalam seminggu. Sebab pukul 2 petang aku ada recording, jadi pagi tu aku kena siapkan hostlink (skrip untuk hos), untuk saluran i130 tu. Jadinya, aku takkan ada chance untuk blah dari opis on any Tuesday, at anytime, at any cost nor cause. Haih.

Dulu masa Abah pergi, dia drove all the way to Kedah, and even followed sampai ke kubur, tapi bila turn dia aku cuma mampu doa dari jauh. I felt so useless, that I knew not what to do. And ayat Meown berjaya jugak la sejukkan aku.

Kalau kita tak mampu, takpa. Pi tahlil pun ok.

Simple ja, tapi cukup untuk jentik kepala otak aku.

Sudahnya, aku text dia, mintak maaf cakap tak boleh ziarah. Lepas tu, aku turun pergi parking, masuk kereta dan sedekahkan Yaasin.

Lepas tu, aku forward kat semua budak Mat Jiwa kat Facebook.

Tie, sorry ek. Aku ralat sangat² ni. Tapi aku tau ko ok, sebab ko kuat.. kan? Be strong, jangan stop doa dan sedekahkan al Fatihah banyak² kay.

(Satu nasihat yang tipikal lagi klise, sebab aku tau mana ada orang yang akan boleh kuat bila berdepan benda macam ni.)

Jumpa tahlil malam ni.

Al Fatihah..

.

.

p/s : Takziah buat sahabatku, Puan Siti Hajar Othman, dan keluarga, atas pemergian ibunda tercinta. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diberkati serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Advertisements

2 thoughts on “Takziah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s