TUAN TANAH KISAH KLASIK : Teka Teki

.

Sebagai writer (amatur mahupun cari makan), kita wajib ada seribu macam benda backup dalam kepala, untuk disesuaikan ke dalam bentuk penulisan, bila mana jua yang rasa diperlukan.

Yupp, dalam kepala memang ada baaaaaanyak benda nak tulis. Niat di hati mestilah sentiasa nak hasilkan sesuatu yang bermanfaat, kalau tidak besar pun biarlah komuniti kecil kita dapat daripadanya. TA-PI, malangnya, writer juga dilahirkan secara semulajadi dengan satu kecacatan yang dipanggil ‘writer’s block‘. Mungkin kerana idea-idea yang ada, semua dah dicurah dalam bentuk skrip, yang kemudiannya untuk ditebus menjadi gaji bulanan. Hehe. Alah, itu nahu bahasa Benggali Putih saja. Bahasa kita lebih mudah. Luai. Atau Loi. Itu saja sebabnya. Nak tahu apa maksudnya, tanya budak MatJiwa. Sindrom Luai ni dah jadi makanan ruji depa. Hahah.

Nak jugak tulis sesuatu yang macam ini, tapi kudrat minda tidak sekuat Tuan Tanah Kisah Klasik tu haa. Dah diasuh diajar oleh tuan-tuan guru sejak azali, sesuatu yang hendak di-umum-kan, perlulah berlandaskan alasan dan kajian yang konkrit.

Misalnya, kenapa design sesuatu poster tu dengan warna hitam (anggap saja hitam itu warna, walaupun sebenarnya bukan). Tak boleh hanya jawab “hitam itu menawan“, atau “hitam itu ringkas dan elegan” atau “because my father’s car is black“. Tak boleh. Tuan-tuan guruku ajar, sokong dengan buku. Buku mana yang sebut, bab mana dan page berapa. Penulis tu pulak siapa, layak ke dia nak bercakap tentang fungsi warna dalam design? Nahh.. aku takdak semua tu. Nak ada, kena baca. Kena cari. Masalahnya, aku tak mampu cari, dan takdak kemahuan yang cukup untuk mencari. Maka atas kekangan itulah, aku putuskan untuk cilok pinjam dari sini. Harapnya Tuan Tanah Kisah Klasik tidak marah. Kalau marah, tolong dengaq lagu Arrow na. Hehe.

Kisahnya kali ini tentang teka-teki, yang aku sesuka hati rumuskan secara keseluruhannya adalah untuk mengajar kita tentang TAHU dan TIDAK TAHU. Hmm. Aku juga ada cerita tentang itu. Oh, bukan dari sirah Khalid Saifullah Al Maslul mahupun mana-mana Khulafa’.

Dan ceritanya, dibawakan oleh hero kita seperti biasa, Dato’ Seri Haji Ali bin Yusoff (macam yang orang selalu panggil dia, kalau jumpa first time.. dan aku selalu aminkan ja). Peristiwa ni berlaku sewaktu aku masih di sekolah menengah, kalau tak silap.

.

_______________________

.

LOKASI : Gerai Makan
WATAK : Abah, Aku, Kawan Abah (dua orang), Budak-budak Tabligh

Tengah syok makan, tiba-tiba kami didatangi oleh dua budak tabligh. Diorang datang dengan misi yang sama – untuk menyeru kita turut serta dalam majlis ilmu di pusat ibadat yang terdekat; secara berjemaah. Alhamdulillah. And Abah, being Abah, letak satu syarat sebelum nak ikut diorang – jawab soalan dia dulu.

Budak-budak.. mestilah nak kan? Tambah pulak, keberjayaan menjawab tu nanti juga bakal menjamin keberjayaan misi utama diorang. So, Abah pun tanyalah satu soalan:

Semua benda dalam dunia ni dijadikan oleh Allah, betul? Jadi, apa atau siapa pula yang menjadikan Allah?

Fuhh. Aku terkasima (ya, both TERKASIMA dan TERKESIMA boleh digunapakai ye, adik-adik). Soalan tasawuf mana pulak Abah korek nih. Mana ada jawapan dowh!

Tapi budak-budak ni terror –  jawab jugak dengan confidentnya. Yalah, diorang kan ahli majlis ilmu. Dan setiap jawapan yang diberi tu memang bernas pun. Aku pun kagum. Hehe. 

Allah tidak beranak, dan tidak pula pernah diperanakkan. (Al Ikhlas, Ayat 4)

Betul la tu kan. Tepat. Dusyum skali ja dia bagi. Aku sengih. Tengah dok bersiap nak bangun ikut budak-budak tu, Abah suruh tunggu dulu.

Saya tak tanya siapa mak bapak Allah. Saya tanya, siapa yang ciptakan Allah? 

Aku diam. Budak-budak tu pun terdiam. Abah pulak yang sengih.

Siapa agaknya dalam dunia ni, baik yang masih ada atau yang dah tiada, yang benar-benar tahu akan rahsia kewujudan Allah? Ada tak sesiapa yang tahu, ada apa atau siapa tak yang mencipta Allah? 

Perlahan-lahan, aku dengan budak-budak tu menggeleng.

Walau siapa pun kita, walau tinggi mana pun ilmu kita, rahsia tentang kewujudan Allah bukanlah milik kita. Hanya Dia yang tahu, dan Dia tak bagi kita hak untuk tahu. Tentang semua benda, kecuali yang itu. Jadinya, takdak antara kita sekoq pun yang tau.

Memang, saya sendiri pun dah start salah dah bila tanya tadi, mintak maaf banyak-banyak lah naa. Tapi moleknya, bila kita tak tau akan sesuatu, jawab ja lah TAK TAU. Paling elok, ucap apa?

Aku sengih balik, paham. Budak-budak tu pun paham, sebab soalan terakhir Abah tu depa dapat jawab, serentak lak tu. Hehe.

Sudahnya, aku and Abah tak ikut pun pi masjid or surau, sebab nak pi tempat lain pulak lepas tu. Tapi aku dapat ilmu yang sangat sangat sangat berguna dari cerita tu. Dan aku pasti, budak-budak tu pun sama. Huhuu.

.

.

_________________________

.

YA. Bila saja kita tak pasti (trust me, this BILA akan selalu muncul, BILA-BILA masa saja dalam hidup anda), jawablah

WALLAHU A’LAM.

Maksudnya;

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Atau bahasa kasaqnya,Aku tak tau aih.. tak reti aku bab ni. Tanyalah orang lain.” Hehe. Kita manusia. Bukan tuhan. Walaupun kita lebih banyak tahu daripada Malaikat, still banyak lagi kita tak tau. Well, Nabi yang maksum pun hanya tau benda yang Allah nak dia tau, kan?

Samalah dalam babak yang kita dah perhati sebentar tadi. MUNGKIN, jika digali dan dikaji, ada ja ayat tentang kewujudan Allah dalam Al-Quran. Tapi kalau kita tak sure, mengaku sajalah kita tak sure. Tak tau apatah lagi.

Sama macam Tuan Tanah Kisah Klasik buat la kan. Buat apa nak main aci letak ja puluhan ribu figura, peratusan dan petikan kata-kata dari entah sapa-sapa yang status sebenarnya sama ja dengan kita, semata-mata untuk kuatkan hujah, kalau sumbernya kita tak pasti? Tak ahli. Nak kaji sendiri banyak², takut sesat pulak. Yalah, menuntut ilmu tanpa guru tu kan bagai bergurukan syaitan?

Makanya, diam dan perhatikan dulu. Tidak alah seseorang itu, jika dia tidak tahu. Semua yang tahu, bermula dengan tidak tahu. Langkah pertama juga yang memulakan perjalanan beribu batu.

Well, Nabi pun ummi apa…

.

.

_______________________________________________

Berangkat pergi biduk kukayuh
sarat hati yang luka
agar tak lebih menyakitkan
jika masih di sini..

Bukan cuba untuk melarikan
dari kerumitan cinta
tapi waktu ini perlu untukku
mengupas segalanya..

Kadangkala pedih ini mencabarku
melupakan semua
tapi persaan kasih padamu
melebihi diriku..

Tapi engkau bagaikan tidak mengerti
halangan cintanya kita berdua
terpaksa aku pergi mencari
kesilapan sebenarnya..

Mengalah bukan kalah
pergiku bukan lari
bukan mudah bercinta
jika pengertian tak setaraf
menagih korban yang lebih dalam
yang lebih dalam…

..credits to aris ariwatan.

Advertisements

2 thoughts on “TUAN TANAH KISAH KLASIK : Teka Teki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s