2012 : The Apocalypto

*my workplace.. not*

.

Wow! Entry pertama aku di tahun baru yang dijangka akan kiamat oleh pihak kafir serba indah ini! Entah. Aku malas nak tulis sebenarnya, tapi entah nape tetiba 2-3 hari ni macam ada peningkatan drastik dalam graf pembaca blog ni (lebih kurang dari 5 naik pi 6-7 kot); thus, this post. (Tersentuh hati mak, nak!)

.

2011, aku tutup dengan agak cemerlang kot. Kerja aku semakin stabil. Freelancing juga – ada program agama, ada program politik, ada untuk kapitalis, ada untuk charity, and some fitness shows coming up – so, balanced la kan? Wasatiah, bak kata Dato Seri PM. Hehe.

December agak ok jugak – aku and in laws pegi Singapore (setelah aku berjaya meng-clear-kan status imigresen aku dengan PTPTN); trip pertama aku ke luar negara (yes, true story). Haha. Rasa cam kat Penang je sebenarnya – tapi ok gak lah. Banyak attraction yang best. The people were good jugak – amat friendly; lebih kurang cam Malaysia tapi yang best takdelah part reaksi macam ni…

Alamak, tourist tanya aku macam² dowh – mana aku reti speaking!!! LARIIIIIII!!!!!!

Hehe.

.

Malam Tahun Baru – Konsert kat Dataran, for the second year in a row. Kalau nak tengok perhimpunan manusia paling ramai dalam sejarah – sinilah. Seriously, aku masih cuba mencari penghujung crowd malam tu; dari Dataran, ke Jalan TAR, Masjid Jamek – mana ek orang paling lest? Dan.. masih gagal. Esoknya tu, turun JB jenguk Mama, Keklin, Abg Aidil dan Andika. Budak itu, selain dah pandai menyampuk bila cakap telefon or bila dengar lagu, juga sudah boleh berdiri dan panjat badan bila kita letak atas riba (walaupun meniarap pun tak reti lagi!).

.

2012. Hurm. Bermula agak tawar, sebab kereta dua-dua buat perangai. Memula Gen2, kat JB. Asalnya salah satu relay (atau kat sekolah, Pak Cheng cakap ‘fius’) je rosak; tapi mekanik tu terlebih pandai – bukak kipas radiator apa bagai. Bila kipas still tak pusing, baru dia syak fius, dan betullah itu. Tak cukup gi, dia pegi letak fius kecik je – cair la fuse box tu bang! Bongok! Melayang jugak RM150 kat situ. Tahi…

Hantar plak kat Proton Seri Kembangan (sebab tempat Kekasihku tak buat wiring); hantar hari Jumaat, hari Rabu baru dia cakap takde spare part. Aku suh dia pasang balik, dan semalam dah selamat antar kat Arip – budak Pantai Remis yang bukak workshop Indie, dekat je dengan umah. Sebelum ni dia dah buat 2-3 kali dah Gen2 dengan Kelisa, so harapnya ok la kot.

.

Kelisa plak – air con disyaki bocor. Nak hantar Arip belum boleh, sebab takde keta backup. Selain itu, tingkap juga rosak (my bad). Cerita dia camni – Jumaat lepas, aku balik rumah nak amik Cha’un dan Cha’kun; tapi lupa yang kunci rumah ada kat Kekasihku. Aku masuk, tinggal keta running (ya, bodoh – jangan buat lagi ye Jojoe) sempat pesan kat diorang suh bersiap. Bila aku patah balik ke keta, tengok² pintu dah lock sendiri; padahal engine masih running (ya, jarang berlaku tapi tak mustahil – sebab tu orang tak bagi tutup pintu kalau kunci ada kat dalam.. ngok!).

So, cubalah jolok macam² – hanger lah, parang lah (pinjam kat jiran sebelah kanan), pembaris pendek lah (aku ada pengalaman sikit² bab tu, tapi pembaris panjang baru berkesan). Last sekali, jiran sebelah kiri ni jugak yang membantu. Dengan muka macho, tanpa kata, dia datang and jolok pakai dawai keras, dan berjaya. Pastu dia masuk umah balik, dengan wajah macho jugak. Huhuu ingat, LOVE THY NEIGHBOUR ya.

“Part of the happiness of the Muslim man includes a spacious dwelling, righteous neighbour and a good mount.”

By the way, lupa nak bagitau – semua plot ini berlaku dalam hujan lebat ye. Mekaseh.

.

*cha’un vs cha’kun*

.

Owh.. tak abis kat situ. Esok tu, tetiba tingkap tu berasap. Power window pun jammed. Baru aku teringat – hanger yang aku guna untuk jolok tu, dah terjatuh dalam pintu – so maybe motor dah tersekat lalu terbakar! HAHAHAHA. Kebetulan memang nak tukar timing belt, so hantar sekali lah kat Perodua, suh fix. Tau tak apa jadi? Dia angkat je tingkap tu, motor yang rosak dia tak fix pun; dengan alasan

Laa.. tak bagitau pun nak tukar?

@#$@%!^!&!&!@#$

.

Satu lagi, rancangan aku untuk menukar kereta (yalah.. Gen2 tu dah tak serupa Gen2 kot) juga turut terkubur, bila dikhabarkan bahawasanya harga Gen2 second hand dah jatuh ke paras 23-24k, sebab orang lebih suka beli Persona. Makaseh Pa’it. Dengan hutang yang masih berbaki 38k (kalau early settlement), memang simpan ja lah hasrat itu di hati yang paling dalam.

Plan untuk beli rumah, masih jauh nampaknya. Niat di hati nak settlekan hutang keta dulu. La ni, harga rumah ridiculous nak mampos. Area umah aku yang harga sebenarnya RM180k, dah jadi RM380k. Leasehold lak tu! Bab ni, nanti aku cerita panjang lagi (aku ada teori gila tentang ni). Buat masa ni, aku just nak cari umah sewa dekat² Putrajaya / Sg Merab je kot. Ada dah target sebijik dua, tapi belum deal lagi. Tengoklah cannaa. Ada sesapa ada contact, umah sewa area tu around 1k, roger lah I ye. Ahawww…

.

Semalam, performance review aku yang pertama sejak 5 tahun di syarikat ini. All is well, I guess. Cuma boss kecik ati sikit sebab aku jarang jumpak dia. Hahaha. Karoke jom, boss?

Owh.. by the way, Raja Lawak 6 dah start. Tengoklah ye, kat 132 Astro Warna. Minggu pertama maybe belum power, tapi berdasarkan pengamatan aku masa pegi interview diorang Isnin baru ni, ada potensi nak lawak kot. Tapi jangan compare la dengan Jozan or Nabil or senior diorang – tak adil.. diorang baru lagi. Kasi diorang can! Kasi diorang peluang! Kasi diorang peluang! Kasi diorang can!

.

Esok, balik Perak. Ada wedding kat Ipoh, pastu Ahad pegi Pangkor. Kalau dan, turun ke Penang Kulim la kot. Kalau tak, Isnin balik KL. On the way balik, leh jenguk bapak mertua sekali kot. Ada sesapa nak kirim ikan bilis / satay ikan?

.

Maka, begitu sajalah ulasan saya untuk tahun baru ini. Jumpa lagi pada masa akan datang – in weeks or next month, kalau ada mood. Hehe. Eh, takleh.. next week ada ‘entry tahunan’. Aiseh. Ok ok. Akhir kata, marilah pergi Hari Hari!

Saya tinggalkan anda dengan lagu yang tergolong antara lagu yang (pengulangan yang teruk untuk LAGU YANG di situ) saya paling minati. Lirik yang terbaik dalam lagu Melayu, setakat ini. Enjoice!

.

.

p/s : Ya Allah, jadikanlah tahun baru ini serba baik untuk aku, imanku, agamaku, bangsaku, keluargaku, jiranku serta sahabat²ku Ya Allah.

_____________________________________

Andai kau menjadi pelangi
biar ku jadi awannya
agar kita selalu bersama..

Andai kau menjadi sang duyung
biar ku jadi karangnya
agar kita sentiasa bersua..

Andai kau menjadi merpati
biar ku menjadi sang bayu
agar kita sering bertemu..

Andai kau menjadi puisi
biar ku jadi melodi
bersama kita menyanyi..

Andai ku menjadi rembulan
sudikah kau menjadi kejora
hingga pagi nanti..

Andai esok aku menjadi tanah
sudikah engkau menjadi bunga
menghiasi dadaku…

..credits to a romzie / ramli sarip / art fazil.

Advertisements

2 thoughts on “2012 : The Apocalypto

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s