Setengah Dasawarsa

The ‘Qi’.

.

Hari ni, lima tahun lalu, menyaksikan aku pertama kali menjejak kaki ke syarikat ni sebagai pekerja.

Bermakna, hari ni, genap lima tahun aku berkhidmat untuk syarikat ni.

Hari ni, lima tahun lalu, aku mulakan kerja aku di Studio 6, untuk sebuah rancangan yang ke udara secara langsung.

Lima tahun selepas hari tu, aku mulakan kerja aku hari ni juga di Studio 6, tapi kali ni rakaman saja.

Hmm.

Tau tak, apa yang aku rasa?

Hmm.

Entah. Tak rasa apa pun.

Rasa macam baru je hari tu aku datang untuk interview.

Serius.

Kenyataannya, dah banyak pun berlaku,

Dah ramai sangat orang yang datang dan pergi.

Senior. Junior. Rakan sebaya.

Ada yang pergi untuk ruang dan wang.

Ada yang pergi KERANA ruang dan wang.

Aku?

Aku taulah apa aku buat.

(atau mungkin aku belum tau apa NAK buat)

Kesimpulannya, 5 tahun tu sebenarnya lama.

Cukup lama.

Cukup untuk menternak macam-macam.

Jadinya, biarlah aku mendahului dalam mengucap selamat untuk diri aku sendiri.

Selamat Ulang Tahun, Jojoe.

Selamat terus bekerja.

Untuk mungkin lima tahun lagi.

Atau mungkin lebih.

.

_______________________________

.

Ke tepi, ke tepi, gergasi sudah kembali
menerap revolusi tergempar industri
kini 12, dari 7 cuma
perjuanganku aku akan tetap terus sama
kini irama bertakhta, membina empayar
program utama untuk menakluk dunia
tak gentar dengan misi walaupun kontroversi
aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi..

Setengah dekad daku mengembara
setengah nyawa telah diduga
namun tetap teguh bersama
iramaku tak akan mati
selagi membara semangat ini
kulaung, kukibarkan panji
semua punya misi sendiri..

Antara permata dan kaca
terpulang pada penilainya
namun satu seni itu
subjektif pada individu
kadangkala gersang di jiwa
tertekan dengan isu propaganda
ada yang mengaku wira
tapi sebenarnya gila..

Jangan di sini, oh jangan di sana
mengapa ada saja tak kena
bukakanlah mata, bukakan minda
dunia lebih daripada pancaindera..

Di sini dan satu negara
iramaku terus bergema
mana saja ku berada
terima kasih pada semua
biar apa kata mereka
engkau dan aku tak perlu gusar
moga meraka ‘kan sedar
diam adalah pintar…

..credits to kru. (cocky gile, I know)

Advertisements

4 thoughts on “Setengah Dasawarsa

    • Indeed. Seribu satu ragam, seribu satu rahsia. Semua berlakon ja, sebab tu depa panggey ‘pentas seni’. Huhuu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s