RANDOM JUNE

Image

Oklah oklah. Mendengarkan ada ura-ura nak buat perhimpunan haram untuk bantah tindakan aku tak update blog selama berbulan-bulan, maka aku pun sebagai pemegang tampuk pemerintahan blog ni yang penakut, terus mengambil keputusan untuk akur dengan kehendak rakyat. Hehehe.

Seperti biasa, bila dah takdak idea, maka adalah molek untuk menggunakan taktik ‘rawak’ yang selalu sangat dah kita mulakan.. ye tak? Hee hee.

1. Misi aku untuk hantar Mama pegi umrah, berjaya. Alhamdulillah. Paling best sekali, Mama nampak happy. Itu ja yang aku mau. Walaupun pada awalnya ada kesulitan sikit (agensi buat perangai, tak beli tiket dan sebagainya – rujuk sini), tapi Allah dah tulis untuk Mama pergi jugak-jugak.. cuma dengan kumpulan dan proses perjalanan serta penginapan yang lebih selesa; menumpang kumpulan jemaah TABUNG HAJI. Alhamdulillah. Next target – yang wajib pulak. Amiin…

2. Dengan izin Allah melalui rezekinya yang meruah, aku dimampukan untuk beli kereta baru. Alhamdulillah lagi. Proton Preve. Setakat ni blum ada nama (tak macam Silver Fox). Kaler putih. Nanti ada masa aku expand kisah Preve ni, dan buat satu full entry ek.. dengan gambar sekali. Owh, by the way – ada sesapa nak beli Proton Gen2, plat Penang, tahun 2008? Milage dah banyak, honestly – sebab aku slalu ulang alik KL – Penang – JB. TA-PI; pickup dia aku rasa Preve aku ni pun takleh lawan. Steady lagi. Aku nak jual max 30k. Ada beran?

3. Dengan rezeki yang lebih tu jugak, aku dibawa pertama kali menjejak bumi Phuket, 2 minggu lepas. Hehe. Amaran untuk yang ada cita-cita nak pegi : Make sure anda lapangkan minda anda, dan buka hati seluasnya. Niat kena betul. Kalau niat tak betul, memang trip ni akan jadi sangat sangat tak betul. Hahaha. Owh.. aku recommend HANYA untuk young couples. Untuk warga emas tak sesuai kot. And kena open-minded (tempat orang.. masuk kandang kambing, mengembek je sudehhh). And.. paling penting – PASTIKAN ISTERI ANDA SE-SPORTING ISTERI SAYA. Heeeee heeeee heeeee…

4. Ada kawan baik aku yang dah dapat panggilan rezeki yang jauh lebih baik daripada apa yang dia buat sebelum ni; dan aku sangat² tumpang happy. Cumanya, aku harap dia dah ready nak declare sendiri (supaya aku pun bleh declare kat sini.. hahaha). Buat masa ni, anggap saja cerita ini cerita bohong.

5. Skang ni demam EURO. Aku rasa ni lah first time aku tengok hampir setiap game. Dulu, aku tengok game pasukan aku je. Hehe. Cuma memandangkan kali ni aku main Fantasy Football, maka kenalah aku sentiasa pantau setiap perkembangan – untuk cari peluang kutip points. Tapi hasilnya hampeh ja jugak. Hahahaha.

6. Cerita pasal EURO ni.. hmm.. bebaru ni company aku ada buat ‘jersey day’. Semua orang pakai jersi. Yupp, SEMUA; kecuali orang² yang tak mampu beli jersi atau takde saiz macam aku. Huhuhuu. Aku cuba jugak cari kat Downtown depan Mines tu; hampeh. Satu je gerai yang jual jersi away England (target aku); tu pun takde saiz. Yang paling tak tahan, akak penjual tu siap sound aku lagi “Haa.. ni bang, jersi Liverpool ni ada banyak saiz besar”. Apa kejadah Liverpool main EURO kak oi? Kalau main pun, ingat aku hadap sangat ke nak pakai!! Puiii…

Sudahnya, aku tak pakai.. dan terpaksa memendam kecewa menengok diorang semua pakai jersi; termasuk yang sokong Chelsea untuk EURO. Puiiiiiiiii…………

7. Hmm.. aku macam suka ja layout baru ni. Hangpa rasa?

Hehe ok. Dahlah kot. Daaaaaa…

______________________________________

Mawah merah yang ku cium
ternyata menusuk dan beracun
wanginya menyenangkan hatiku
membuatku tak karuan..

Sehari tak bertemu dengannya
serasa hampa dalam hatiku
ku mabuk cinta yang tak terbaca
oleh naluriku..

Dia sama sekali tak cintai diriku
dia hanya memanfaatkan diriku..

Matilah kau
di dalam hatiku
bawa pergi saja dirimu
sampai ke dasar lautan..

Matilah kau
bersama cintaku
banyak berharaplah dirimu
semoga dapat bahagia
berharaplah..

Ku berlutut di bawah kakinya
ku berikan hatiku untuknya
ku telan semua luka-luka
ku tak punya perisai lagi..

Sehari tak bertemu dengannya
serasa hampa dalam hatiku
ku mabuk cinta yang tak terbaca
oleh naluriku..

Matilah kau
di dalam hatiku
bawa pergi saja dirimu
sampai ke dasar lautan..

Matilah kau
bersama cintaku
banyak berharaplah dirimu
semoga dapat bahagia
berharaplah…

..credits to once mekel.

Advertisements

8 thoughts on “RANDOM JUNE

    • Shooting Star. Hmm.. orang la ni dah tak main Tamiya dah, Pait.. hahahaha~ (aku dulu pakai Burning Sun)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s