Baik Baik Saja…

.

Tidak semua orang yang dilahirkan ke dunia ini, ditakdirkan menjadi seorang individu yang baik.. memang tak semua.

Ada yang dilahirkan bukan dalam keadaan dan persekitaran yang baik, tetapi akhirnya berubah perlahan-lahan menjadi baik.. itu, untung.

Ada pula keadaan sekelilingnya cukup baik dan cantik; tetapi angin luar yang bertiup telah mendorong dirinya berubah ke arah yang kurang baik.. itu sedih.

Yang paling baik dan diimpikan oleh semua orang, pastinyalah permulaan, pertengahan dan pengakhiran yang serba baik.. itu, retorik dan sedikit illogic.

.

Takrifan ‘baik’, berbeza mengikut individu dan persekitaran di mana individu itu hidup. Ada yang kata, tak langgar kitab agama itu baik. Ada yang rasa, tak buat maksiat itu dah cukup baik. Tak kurang pula ada yang sangka, tak ambik tau hal orang adalah yang terbaik.

Hmm. Banyak betul definisinya kan. Bermakna, tahap pemikiran kritis orang kita masa kini, dah semakin baik. Kot.

.

Aku punya tafsiran, luas sangat.

Bagi aku, orang yang tak lawan mak bapak.. itu baik.

Orang yang makan tak berbunyi kelecap kelepap.. itu baik.

Orang yang bagi sedekah tak kira waktu.. itu baik.

Orang yang apa pun salah yang dia buat, tak kacau sesiapa.. itu baik.

Eh, banyaklah.

.

Tapi, ada satu.. yang satu ni lah, yang paling besar aku pegang. Yang aku sendiri pun susah nak pegang, sebenarnya.

Bagi aku, orang yang baik, adalah..

Orang yang tahu dan faham akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dan tunaikan dengan sebaik mungkin. Yang tidak mengabaikan tanggungjawab yang dia tahu dan faham itu, sehingga memaksa orang lain dibebankan dengannya.

Itu, complete baik. Bagi aku.

Insya-Allah, aku tengah cuba menuju ke situ.

.

Bunyi macam simple, tapi berat bhai. Tanggungjawab aku – kita – sebagai manusia pun dah cukup banyak. Campur pulak, tanggungjawab sebagai lelaki. Kalau dah nama pun lelaki, dah tentu tanggungjawab sebagai anak, pemimpin, khalifah, imam, suami dan ayah akan turut serta. Itu, belum campur tanggungjawab kita terhadap kerja kita yang dibagi gaji ni.

Hmm.

.

.

So, nak jadi baik tak?

.

.

p/s : Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain “ ( Sahih Bukhari ).

Advertisements

5 thoughts on “Baik Baik Saja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s