Aku Bukan Anak Mat Nor

Tahap slowpoke aku semakin menjadi², bila aku baru tersedar yang aku tak pernah tahu akan kewujudan blog ni sebelum ni. Gila, dah 4 tahun lebih kot Jojoe??? Ok bye.

Oh, bye untuk para di atas sahaja, bukan bye terus dan entry ni berhenti setakat ini. No. Mana aku pernah aku buat begitu.. kan? KANNNN????

Berbalik pada blog tadi tu, hmm. Aku tetiba dapat idea untuk menulis. Haha sila buat² tak perasan yang entry² kebelakangan ni semuanya ada unsur cedukan dari blog lain. Anggap saja aku menulis dengan tulus dan suci.

Ok, hari ni kita main game random. Ready? Jom.

1. Ketika membaca entry ni, Tetiba aku teringat – dulu aku pernah dipaksa oleh Penolong Kanan untuk buat bunyi “Ping.. Pong” sebelum buat pengumuman. Alah, ala² macam kat airport tuh. Bezanya bunyi ni diceduk dari iklan KLIA. Masa tu, KLIA baru bukak. Aku tanak buat, tapi beliau paksa jua. Ya, cikgu²ku memang sebegitu aneh.. terutama yang dulu pernah bergelar pelajar di sekolah itu, sepertimana Tuan Penolong Kanan tersebut.

2. Depan aku ada booklet dengan gambar Jojo Struys. Aku minat dia, so bila dapat je booklet ni kat aku, aku letak atas tembok pembahagi depan meja aku. Hujung nama JOJO, aku tambah E. TA-PI, baru sekejap tadi aku terfikir – tidakkah perbuatan itu memberi salah tanggapan bahawa aku nak jadi macam dia?

3. Tidak. Pakai mini skirt dan duduk terkangkang di depan mata aku, bukanlah satu idea yang baik. Aku.. tulen. Dan memandang ke kanan sepanjang masa akan menyebabkan tengkuk aku lenguh; dan migrain aku boleh menyerang. Ingat; mini + kangkang = migrain.

4. Aku tak takut pun AES. Korang takut sangat kenapa? Aku tiap ari nampak AES. Kadang² aku bawak, simpan kat umah. Hmm. Banyak jasa AES kat aku.. antaranya, dulu masa first date aku dengan Kekasih naik AES lah. Dan suatu hari nanti kalau aku dah kaya raya dan mampu beli kereta baru untuk isteriku, harapnya aku leh transfer je nombor plat itu.

5. Soalan “Hang la ni kerja kat mana?” hanya akan membawaku kepada dua soalan susulan; iaitu “Ooo.. ish, rumah makcik memanjang ja takdak Astro kalau hujan. Hang buleh mai pebetui dak?” OR “Uihh.. bestnya.. mesti selalu jumpak artis kan?”. Hmm. Untuk pengetahuan, ada jugak staf Astro yang LANGSUNG tak pernah terlibat dengan kedua-dua pekerjaan dalam soalan² itu. Bayangkan betapa keciknya hati mereka bila diaju soalan sebegitu.

Ok dah. Bye.

.

.

.

.

Takdak dah aih.

Bye tu hat betui punya.

Advertisements

One thought on “Aku Bukan Anak Mat Nor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s