ADRENALIN

SELALUNYA bila kita (aku) betul-betul teruja nak buat sesuatu, lutut aku akan jadi lemah. Darah aku akan rasa macam mendidih. Hujung-hujung jari macam ada renjatan elektrik ringan yang melanda. Dan ada rasa sesuatu nak keluar dari.. err badan.

Dah lama pun aku tak rasa macam tu. Selalunya, aku akan rasa macam tu bila nak perform atas stage. Or bila nak ngorat aweks. Heh. Or nak belajar naik motor. Or nak main dram. Apa kenamanya ek? Aku teka, adrenalin. Betul ke tak, aku tak peduli sangat pun. Heh.

Sekarang ni, rasa tu datang lagi. Sebabnya, ada kena mengena dengan benda yang aku nak tulis.. yang aku janjikan pada beberapa pembaca (kawan² rapat, yang mewakili lebih kurang 90%) blog merapu aku ni. Heheh.

Hari ni, hari kedua bulan ketujuh. Maknanya, aku ada tepat dua bulan saja lagi untuk berada di mana aku berada sekarang ni. Hari kedua bulan kesembilan nanti, adalah hari terakhir aku di kompeni ni. Dan selang dua atau tiga hari kemudian pula, adalah hari terakhir aku akan berada di bumi tumpah darah aku ni.

Aku dapat buat Master weh, bawah Skim Pinjaman Pascasiswazah MARA 2013, kat BirminghamUK.

Ok, tu je. Belum boleh cerita panjang, sebab prosesnya belum selesai. Aku janji aku akan buat entry yang lengkap tentang itu, bila visa aku siap nanti. Sekarang adalah proses melengkapkan dokumen, menjalani pemeriksaan kesihatan, menyertai kem kenegaraan, persiapan dan sebagainya. Dah siap semua tu, barulah ada cerita untuk ditulis. Faham?

Bagus. Tapi yelah, manusia ni walaupun disuruh berpegang pada janjinya, kadangkala ke laut jugak. So kalau tetiba aku rasa macam aku ni terlebih free (sesuatu yang jarang berlaku sejak entry aku yang lepas – check la tarikhnya bila), aku akan tulis jugak. Hahah hahahah. Sukati akulah, blog aku. Kan?

Oh. Baru-baru ni aku ada pengalaman yang ‘lain’ untuk aku cerita, yang melibatkan adrenaline rush yang agak kaw kaw jugak. Baru je berlaku, Sabtu baru² ni. Heheh. Salah seorang sahabat aku bersanding, dan aku dijemput. Tapi aku lupa, aku tak beli hadiah apapun lagi, padahal time dah pukul 5 or 6pm macam tu. So aku prepare jelah cash. Kira aci lah kan? Sometimes better pun. Heheheh.

On the way ke tempat tu, tiba² ada sahabat lain call. Dia cakap pengantin lelaki request suruh aku baca doa. Gulp. Ok. Mak mentua aku dah bising, tanya “Takde ke orang lain, orang surau ke ustat ke imam ke kat majlis tu?” Sahabat tu kata, pengantin lelaki nak geng dia bacakan. Huhuu. “Tu pakai seluar panjang ke pendek tu?” Mak mentua aku pun naik jugak adrenalin dia. Hehe.

Dengan bantuan Uncle Gugol, dan saki baki ilmu akhirat yang ada lagi dua tiga sudu ni, aku pun tawakkal dan redah saja. Huhuu. Alhamdulillah, itulah rasanya hadiah kahwin paling bermakna pernah aku bagi kat mana-mana sahabat. Kebetulan yang membahagiakan, namanya. Hehe.

So morale of the story – masuklah Matgwar. InsyaAllah, anak² ustazah akan berjaya.

Sekian.

Advertisements

4 thoughts on “ADRENALIN

  1. hahahahahah canggehhhh.. ayat last paling power :)))) oh ustazah hafsah now jadi pengetua kat skolah mana ntah d SP. untunglah anak2 murid skolah tu 🙂 selamat prepare utk terbanggg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s