Prelude : Kisah Aku di Bumi Sang Ratu

Buat yang ingin tahu, aku nak beritahu.. aku dah sampai. 

Aku sampai 7hb September hari tu. Naik Emirates. Sorang RM 3035. Yupp, mahal. Tapi masa aku beli tu, mahal lagi penerbangan nasional kita. Aku berlepas dari bumi Malaysia jam 2 pagi, 7hb. Perbezaan garis bujur melayakkan aku sampai pada hari yang sama juga. Itulah, Cikgu Marlina ajar, kamu tidur. Tahukah kamu, bab garis waktu tu aku siap bangun tunjuk kat papan hitam? Perghhh…\

.

Buat yang dah tahu, aku nak beritahu.. aku ok.

Aku yang berbini satu ni tinggal di rumah dua tingkat, berbilik dua. Bilik tidur di atas; ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik air di bawah. Belakang rumah ada halaman.. masih semak samun setakat ni. Oleh sebab rumah ni rumah kelamin, maka aku sedaya upaya menyiapkan rumah ini mengikut standard rumah kelamin di Malaysia. Maknanya ada tv. Faham? Bagus.

.

Buat yang segan nak ambil tahu, aku nak beritahu.. aku kat sini nak cari ilmu.

Dan ilmu yang aku maksudkan itu bukan sekadar terhad di buku. Dari pengalaman bercakar dan bersalaman. LOL. Menjejak kaki ke bumi ini adalah impian aku sedari kecil, hasil sogokan cerita Abah yang tak berpenyudah. Sudahnya, di sinilah aku.

.

Buat yang tak mahu tahu..

hmm.

.

.

.

Sini susah nak cari tauhu.

(cue ketawa hambar)

Advertisements

6 thoughts on “Prelude : Kisah Aku di Bumi Sang Ratu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s