Oh Malaysiaku…

Image

 

Cita² menggunung nak jadi maju,
konon nak rasa taraf hidup serba bermutu,
sayangnya pemikiran kekal negara dunia ke-tiga suku,
tak habis² sana sini komplen saja; berkorban apa pun tak mahu,
idea sendiri saja yang nombor wahid; orang lain otak udang serba tak tahu,
tapi bila bab ganjaran, hey.. aku nak ambik dulu!
Oh Malaysiaku.

Siasah, ekonomi semuanya dipolitik,
bagus macam mana pun, negara orang sajalah yang cantik,
haram kah suci kah, semuanya terpalit taik,
tak perlu nak diajar; maki carut dari kecik dah automatik,
caci, cerca, bunuh orang pun sanggup asalkan aku yang dilantik,
mana halal yang lain, aku dan pilihanku sajalah yang terbaik,
tapi bila ditolak ke depan suruh bercakap, oops.. tersenyum sumbing itik!
Oh Malaysiaku.. bukanlah unik, cuma pelik.

Aku keturunan pejuang, maka aku harus disembah,
tak payah tanya banyak, takkan kamu fail sejarah?
Dalam tu ada nama aku punya mak, bapak, tok nenek dan tok ayah,
betul atau tidak; janji dulu betul, maka sekarang pun iyakan sajalah!
Tak payah buat apa; cagaran aku cuma dengan nama dan darah,
mahar lima enam angka mana nak cukup; berbakti bukannya murah,
hawa dingin dan sofa empuk, barulah akal geniusku mudah diperah,
tapi bila disuruh angkat cangkul, OMG.. selut lah!
Oh Malaysiaku.. bikin orang menyampah.

Tak perlu mengungkit, itu memang kerja kamu,
lepas pangkah; aku hanya perlu tuding ini itu, begini dan begitu,
nama nak bangun tolong, bertuahlah waima sekali dalam seribu,
almaklumlah; darah keturunan bumi keramatku ini kan harus wajar wajib dibantu,
tohmahan saja; maaaaaana ada dah semakin layu,
yang aku tahu, terus saja bekerja dan tuntun aku,
hak aku, hak aku; hak kamu pun hak aku,
tapi bila ‘kamu’ tertidur, ahhh.. terus tukar gebar dan kelambu!
Oh Malaysiaku.. memang betul tak tahu malu.

Tukar semua biar sampai kurus kesin,
aku saja yang ranggi; kamu semua hina tak berbaju kain,
apa saja yang bukan aku, jangan fikir banyak mestilah disalin,
ini tuntutan kitab, bukan boleh dibuat main,
walaupun sama alif ba ta; tajwid aku tinggi.. tok mengaji aku orang lain!
Ikut saja aku, sampai bila nak jadi mesin,
mujur ada kami, konnnnfem suci zahir dan batin,
walaupun acuan sama, shellac dari kami kualitinya pasti lebih terjamin,
makanya hanya kami yang layak jadi pemimpin,
tapi bila berlaku petaka, err.. ini geng kamu le ni yang dulu keluarkan lesen!
Oh Malaysia.. tak habih² buat aku ghonsen.

Malaysia aku dah makin tenat,
maju atas kertas saja, di akal palat,
nak tegur dikata mengata; mengata, memang langsung dikata Jebat!
Siapalah aku nak gosok sampai berkilat,
panggil satu kampung pun takkan hilang dia punya karat.

Malaysia aku bukanlah parah,
hanya mesin nyawa saja tampak hampir berhenti mencacah,
kejap naik kejap turun; klise, tapi itu lumrah,
takkan sendawa sikit terus nak mengalah?

Sudah²lah tu bermimpi; sekarang dah dua kosong satu tiga,
menanam impian, itu kerja sebelum merdeka,
dah tiba masa membajak; cukup²lah mengumpul baja,
melalak pun tak guna, kalau semalam dan hari ini sama,
turunlah dari kerusi, baru boleh lari bersama,
letaklah rehal simpanlah lidi, masa untuk kongsikan semua,
kancingkan mulut, gerakkan kudrat; bukan lidah saja,
dunia dah kenal kita, jangan bikin malu kompeni ma…

.

.

Advertisements

3 thoughts on “Oh Malaysiaku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s