Abah Day

Abah.
Hmm. Mana nak start tah ni.

Ok ok.

Abah.
Besar. Gagah. Tabah. Garang.

Tak taulah if it’s just me atau memang orang yang nama Abah ni perawakan dan perwatakannya gah. Well, macam Pak Ali. Haha. Sape yang tak kecut perut dengan Pak Ali? Dengan tinggi lebih 6 kaki, suara garau dia tu melengkapkan lagi pakej alis muka yang garang.

Dulu lepas pindah ke Kulim, aku kerap je jugak habiskan masa kat umah Mak kat flat Tmn Tun Hussein, Seberang Jaya. Umah kami dulu tingkat 1, umah Mak tingkat 4. Tapi tiap kali Abah datang nak jemput aku, dia takyah susah-susah naik pun. Dia jerit je dari bawah “Baba.. balik!” Ke dia tak jerit pun ek, memang suara dia semulajadi kuat dah? Aku suspect la. LOL.

Antara kisah yang paling aku ingat tentang kegagahan Abah ni, adalah pasal kes Kedai Apek. Abah beli Ovaltine, bayar dgn duit rm20 (ya adik-adik, zaman dulu lagi dah ada duit kertas rm20 ni. Masa tu $20, and kaler koko coklat). Dah sampai umah, baru dia perasan yang Apek bagi balance kurang; maybe dia ingat Abah bayar dgn duit rm10 kot. So Abah patah balik pegi Kedai Apek, and tuntut balik duit dia. Haha memang tak dapek laa kan.

Sudahnya.. pintu umah berlubang, tembus Abah tumbuk. And terpaksa cover dengan plat number. Lol. Not.

Abah.
Bukan seorang ulamak. Nope. Jauh sangat tu.

Tapi Abah tau maaaacam-macam benda. Hasil dia belajar, berguru, membaca dan berjalan. Jauhhhhh dia berjalan. Umur 10 dah kayuh basikal dari Sg Petani pegi Butterworth.. pegi Penang. Umur baru 17 dah sampai Tanah Ratu ni.

And dari apa yang dia tau tu jugaklah dia ajar aku macam-macam. Masa makan kena tutup mulut, supaya jangan bunyi macam selipar jepun basah. Mulut penuh jangan mengada nak bercakap.. telan dulu, lambat sikitpun takpe. Nak ceduk lauk, kalau ada orang tengah menceduk, bagi orang tu dulu.. takleh dua orang ceduk serentak.. takleh cross-line. Datang umah orang (and umah sendiri pun la), kasut kena susun elok-elok. Kencing jangan tembak dalam air mangkuk tu, jangan sampai bunyi. Lid mangkuk jamban tu angkat la, tak kebuloq orang lain nak duduk bekaih ayaq pungkoq kita.

Macam-macam lagilah. Dari sekecik-kecik benda macam yang kat atas tu, sampailah ke benda-benda besar tentang kehidupan, kenegaraan, kekitaan, keagamaan dan sejuta satu bab lagi tentang siasah dan salasilah.

Dan memang betul apa yang Abah cakap tu. Bila bandingkan orang yang amalkan benda-benda ni dengan yang cuma pandang enteng, meeeemang jauh bezanya. Bukanlah nak kata orang yang tak amalkan ni tak bagus, tapi yang amalkan tu memang lain sungguh wataknya. Dan sebagai orang kanan Abah, memang bertuah sungguh aku ni.. tambah-tambah bila tengok anak orang lain yang macam bapak diorang tak ajar je. Oops.

Abah.
Otak dia pulak otak business.

Kecik2 dulu jual tiket wayang black market. Untung puluh2 ringgit dia bawak pegi joli kat Penang. Hahaha. Jauh woo. Zaman tu pulak mana ada highway. And nak melintas sempadan Kedah-Penang kena cop ala-ala passport, kat Titi Merdeka nun. (Ok bab ni aku tak sure and ingat sangat secara spesifik; better korang tanya balik orang-orang tua korang or pakar sejarah).

Bila kat sini pulak, dia jual rokok smuggle kat sekolah; harga 30p dia jual £1. Untung, joli kat London. Haha. Yelah zaman tu mana ada Ustaz Kazim or UAI, nak ajar haram halal. Oops lagi.

Cuma masa dewasanya saja Abah tak sempat berjaya dalam business, walau dah macam-maaaaacam Abah try and invest; baik dalam bentuk duit masa akal mahupun kudrat. Gawat lah apa lah kan. Hmm. Takpelah, harapnya ‘investment’ Abah dalam 7 orang anak dia ni berbaloi dan beruntung la kan.. kalau tak sekarang pun, nanti-nanti. (Ramai-ramai : Aamiiiiiiin).

Abah.
Berani aku katakan Abah yang paling terbaik di dunia.

Bandingkanlah dengan Abah mana pun dalam dunia ni, aku boleh bagi sejuta satu hujah untuk menangkan Abah aku. Maizura Mohsein pun kalah margin 18 tiang. Konfem. Lol.

Maka sebab itulah, pemergian Abah meninggalkan kesan yang amat-amat mendalam dalam diri aku. Serius. Well, bukan aku saja rasanya; semua orang pun. Tak kiralah dari sisi mana pun hangpa semua mengenali dan mengetahui Pak Ali, aku jamin hangpa semua pasti ada sebab untuk rindu dia kan? Ahah.

Walaupun semua orang sependapat yang aku memang ikut acuan Abah sebijik-sebijik, aku tetap takkan pasti.. sebab aku tak sempat nak compare. Tapi kalau betul, akulah insan yang paling berbangga.. dan aku janji aku takkan pernah tolak perbandingan itu. Terima kasih lagi adalah kot.

Abah.
Mintak maaf banyak-banyak na.

Sebab banyak sangat rasanya yang Pdoih dah singgung hati Abah; although you had never stopped being proud of me and all my doings, matters not they are right or wrong.

Selamat Hari Abah, Abah.
InsyaAllah, Pdoih akan cuba tunaikan janji and mimpi Abah yang tak tertunai dulu. Doa-doakanlah Pdoih dapat kekuatan untuk itu dan semuanya. InsyaAllah, Abah. InsyaAllah.

Al Fatihah untuk Abah,
dan semua Abah yang telah pergi di seluruh dunia.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s