Abah Day

Abah.
Hmm. Mana nak start tah ni.

Ok ok.

Abah.
Besar. Gagah. Tabah. Garang.

Tak taulah if it’s just me atau memang orang yang nama Abah ni perawakan dan perwatakannya gah. Well, macam Pak Ali. Haha. Sape yang tak kecut perut dengan Pak Ali? Dengan tinggi lebih 6 kaki, suara garau dia tu melengkapkan lagi pakej alis muka yang garang.

Dulu lepas pindah ke Kulim, aku kerap je jugak habiskan masa kat umah Mak kat flat Tmn Tun Hussein, Seberang Jaya. Umah kami dulu tingkat 1, umah Mak tingkat 4. Tapi tiap kali Abah datang nak jemput aku, dia takyah susah-susah naik pun. Dia jerit je dari bawah “Baba.. balik!” Ke dia tak jerit pun ek, memang suara dia semulajadi kuat dah? Aku suspect la. LOL.

Antara kisah yang paling aku ingat tentang kegagahan Abah ni, adalah pasal kes Kedai Apek. Abah beli Ovaltine, bayar dgn duit rm20 (ya adik-adik, zaman dulu lagi dah ada duit kertas rm20 ni. Masa tu $20, and kaler koko coklat). Dah sampai umah, baru dia perasan yang Apek bagi balance kurang; maybe dia ingat Abah bayar dgn duit rm10 kot. So Abah patah balik pegi Kedai Apek, and tuntut balik duit dia. Haha memang tak dapek laa kan.

Sudahnya.. pintu umah berlubang, tembus Abah tumbuk. And terpaksa cover dengan plat number. Lol. Not.

Abah.
Bukan seorang ulamak. Nope. Jauh sangat tu.

Tapi Abah tau maaaacam-macam benda. Hasil dia belajar, berguru, membaca dan berjalan. Jauhhhhh dia berjalan. Umur 10 dah kayuh basikal dari Sg Petani pegi Butterworth.. pegi Penang. Umur baru 17 dah sampai Tanah Ratu ni.

And dari apa yang dia tau tu jugaklah dia ajar aku macam-macam. Masa makan kena tutup mulut, supaya jangan bunyi macam selipar jepun basah. Mulut penuh jangan mengada nak bercakap.. telan dulu, lambat sikitpun takpe. Nak ceduk lauk, kalau ada orang tengah menceduk, bagi orang tu dulu.. takleh dua orang ceduk serentak.. takleh cross-line. Datang umah orang (and umah sendiri pun la), kasut kena susun elok-elok. Kencing jangan tembak dalam air mangkuk tu, jangan sampai bunyi. Lid mangkuk jamban tu angkat la, tak kebuloq orang lain nak duduk bekaih ayaq pungkoq kita.

Macam-macam lagilah. Dari sekecik-kecik benda macam yang kat atas tu, sampailah ke benda-benda besar tentang kehidupan, kenegaraan, kekitaan, keagamaan dan sejuta satu bab lagi tentang siasah dan salasilah.

Dan memang betul apa yang Abah cakap tu. Bila bandingkan orang yang amalkan benda-benda ni dengan yang cuma pandang enteng, meeeemang jauh bezanya. Bukanlah nak kata orang yang tak amalkan ni tak bagus, tapi yang amalkan tu memang lain sungguh wataknya. Dan sebagai orang kanan Abah, memang bertuah sungguh aku ni.. tambah-tambah bila tengok anak orang lain yang macam bapak diorang tak ajar je. Oops.

Abah.
Otak dia pulak otak business.

Kecik2 dulu jual tiket wayang black market. Untung puluh2 ringgit dia bawak pegi joli kat Penang. Hahaha. Jauh woo. Zaman tu pulak mana ada highway. And nak melintas sempadan Kedah-Penang kena cop ala-ala passport, kat Titi Merdeka nun. (Ok bab ni aku tak sure and ingat sangat secara spesifik; better korang tanya balik orang-orang tua korang or pakar sejarah).

Bila kat sini pulak, dia jual rokok smuggle kat sekolah; harga 30p dia jual £1. Untung, joli kat London. Haha. Yelah zaman tu mana ada Ustaz Kazim or UAI, nak ajar haram halal. Oops lagi.

Cuma masa dewasanya saja Abah tak sempat berjaya dalam business, walau dah macam-maaaaacam Abah try and invest; baik dalam bentuk duit masa akal mahupun kudrat. Gawat lah apa lah kan. Hmm. Takpelah, harapnya ‘investment’ Abah dalam 7 orang anak dia ni berbaloi dan beruntung la kan.. kalau tak sekarang pun, nanti-nanti. (Ramai-ramai : Aamiiiiiiin).

Abah.
Berani aku katakan Abah yang paling terbaik di dunia.

Bandingkanlah dengan Abah mana pun dalam dunia ni, aku boleh bagi sejuta satu hujah untuk menangkan Abah aku. Maizura Mohsein pun kalah margin 18 tiang. Konfem. Lol.

Maka sebab itulah, pemergian Abah meninggalkan kesan yang amat-amat mendalam dalam diri aku. Serius. Well, bukan aku saja rasanya; semua orang pun. Tak kiralah dari sisi mana pun hangpa semua mengenali dan mengetahui Pak Ali, aku jamin hangpa semua pasti ada sebab untuk rindu dia kan? Ahah.

Walaupun semua orang sependapat yang aku memang ikut acuan Abah sebijik-sebijik, aku tetap takkan pasti.. sebab aku tak sempat nak compare. Tapi kalau betul, akulah insan yang paling berbangga.. dan aku janji aku takkan pernah tolak perbandingan itu. Terima kasih lagi adalah kot.

Abah.
Mintak maaf banyak-banyak na.

Sebab banyak sangat rasanya yang Pdoih dah singgung hati Abah; although you had never stopped being proud of me and all my doings, matters not they are right or wrong.

Selamat Hari Abah, Abah.
InsyaAllah, Pdoih akan cuba tunaikan janji and mimpi Abah yang tak tertunai dulu. Doa-doakanlah Pdoih dapat kekuatan untuk itu dan semuanya. InsyaAllah, Abah. InsyaAllah.

Al Fatihah untuk Abah,
dan semua Abah yang telah pergi di seluruh dunia.

image

Advertisements

Annual Report XI : 2013

Image

Assalamualaikum, Abah.

I guess it’s been too long since I last wrote to you, kan? Sorry Bah.. couldn’t really find time to update; plus still sorting things out. Yalah.. Abah dulu lain, duduk hostel, senang. Bujang lak tu. Hehe.

Yupp², having said that, yes, kami dah sampai di bumi Ratu ni. Well.. just like what you’d been challenging me since I was a single digit of age. Okay okay.. I know I’m like 11-12 years late compared to what you’d done dulu kan; but better late than never, innit?

Nahhh.. still couldn’t quite get grip of the accent though. Well.. the sound might not be that hard, but the lingo? Hurghhh.. God knows. Itulah.. banyak sangat tengok filem Amerika Syarikat. LOL.

Tak sempat jalan mana² pun lagi, except London. Tu pun sebab kawan baik Ekin mai honeymoon; so kami tumpang ja la sambil kutip ration rempah ratus Malaysia. Hahaha. Yeah I know, still owe a visit to the Royal Halton. Oh, did you know, they’ve moved your school to RAF Cosford? Halton dah jadi full airforce base dah. Well.. can’t wait to cross that one on my list. Someday.. some sweet day.

Mana lagi tah nak pi? Owh.. owh.. city of music of course. Pastu city of football (walaupun dua² so called giants kena belasah recently dengan 2 kelab Birm. LOL). Where else? Your stories.. some of them are fading la Bah. Need to refresh them by taking a look myself. Sigh.

Mama? She seeemed okay masa kat airport tu.. as strong as she’s always been. I guess she already saw it coming kot. Since I, they say, have the strongest resemblance to you, mestilah nak ikut every track and every trail kan? Haha the good ones la I mean. Oops. Hehehee…

Hmm.. apa lagi tah nak tulih. Well.. Abah sendiri tau kan, bukan senang nak mengarang report ni. Just as hard as the past years have been. Plus, bilik sini pun tetiba berhabuk macam kat Malaysia lak. Haih.

We all miss you, Big Guy. Like.. really. Badly. Semoga Abah tenang² ja kat sana kay.. doa kami takkan putus.

.

.

.

Al Fatihah.

________________________________________________________

Imagine me and you, I do
I think about you day and night, it’s only right
to think about the girl you love, and hold her tight
so happy together..

If I should call you up, invest a dime
and you say you belong to me, and ease my mind
imagine how the world could be so very fine
so happy together..

I can’t see me loving nobody but you
for all my life
when you’re with me, baby, the skies will be blue
for all my life..

Me and you, and you and me
no matter how they tossed the dice, it had to be
the only one for me is you, and you for me
so happy together..

..credits to the turtles.
(the seniors of yours that you were so proud of)

Annual Report : The IV

.

Assalamualaikum.

Hye Abah. Hehe. How are you doing up there? Hopefully things are good. Hopefully our bekalan from down here suffice. Well, the packages will be continuously couriered, no worries. Insya-Allah…

Sorry for the late report. Was not that strong to hit the keyboard on the D-day; hence the 2 days delay. Hehe.

Ish.. penatlah cakap orang puteh. Bukannya pandai sangat pun. Yalah, Pdoih belajaq dalam negara ja, belum merasa gi nak pi tempat Abah dulu. Huhuu. Eh, nak tanya. Besides Carlisle, you also supported Cardiff City, right? Or salah ingat? Hehe tak kisahlah. Just nak bagitau, Cardiff made it to the Wembley, for League Cup final against those biggest rivals of ours from Merseyside last weekend.

Dulu zaman Abah, depa still kat Ninian Park kot kan? Since 2009, depa dah ada stadium sendiri. And they are now owned by our very own Tan Sri Vincent of Berjaya Group, and chaired by his left hand Datuk Chan Tien Ghee! Phewwwiiitttt! Serius, masa tengok depa lawan Liverpool sambil the word Malaysia written all over their kits, memang rasa lain macam betui. And they even fought so well, that the game had to be prolonged to kickouts. Tapi yalah, lack of experience kot; dua kali depa balun tiang. Kalah jugak, 2-3. Huhuu. Jaaadiklah kan. Hehe.

And I’m setting up a band! Hehe finally, kan? Actually dah lama dah, around March last year kot. Brit Pop – Brit Rock, the concept. Ala² Oasis la kunun. Hehe. Nama? Hehe jangan gelak please. THE LAST GRASS. Tah, depa yang nak nama tu, Pdoih ikut ja. I played lead guitar. Hehe ya ya ja kan? Owh.. bebaru ni terjumpak Azame (anak Pakcik Shahidan, yang Kelab Kanak-kanak sekali dulu tu). Dia ajak jamming dengan pak menakan dia. Sekali tengok repertoire, ada Black Sabbath apa semua. Gila! Seb baek kena main dram ja. Haha naseb baekla sangat. Takpa, belum start pun lagi. Yes Bah, apa dia? Owh.. anak-anak Cikgu Nan? Uih.. depa dah famous dah. Tapi club scene la. Depa pakai nama D’Adza. Dengan adik laki depa semua pun join sekali, bukan Kak Yan / Tuty / Rina ja dah. Ok la kot, tak penah tengok depa perform gi. Dengaqnya gah jugak.

Apa lagi aa? Hmm. Owh. Keklin dah ada anak. A boy. Andika Darwisy nama dia. Hurm rasanya dah boleh nampak kot cerdik macam bapak dia. Hahah. Sebab baru masuk 4 bulan ka pa tah, dah leh duduk. La ni baru nak masuk 7 bulan, dah buleh berdiri menyuloq pa semua. Dahsyat! Pastu kalau call Mama, dia yang dok sebuk nak tumpang sembang. Owh, and Keklin goes with title ‘Mami’. So technically, Andika tu Anak Mami la. Haha lawak dak lawak dak…     -___-”

And.. cucu jantan Abah yang lagi sorang tu pun sama jugak. Hans Huwais. Tak abih-abih call, nak cakap dengan Tok Mama Jah. Sapa ja yang ada kaitan dengan Mama, semua dia bantai Tok Mama Jah jugak! Haha. Ha, yang tu buaih macam Pdoih, tapi banyak cakap macam pak dia. Dah siap ada parut dah kat dahi. Heheee…

Nope. Belum ada rezeki nak keluaq hat belah kami lagi. Hehe. And nope, not that we’re planning or something, cuma takdak rezeki ja. Takpalah, rilek-rilek dulu pun buleh kan kan. Dah check dah – both of us are ok, and me is above par lagi tau! So, just tunggu ja la kan.     (‘-^)

Hmm. Speaking of cucu, I’m sure kalau Abah still around, depa kompem suka. Yalah, buleh tanya macam-macam; just like what I’ve been doing. Hehe. Besh woo. Tanya apa pun semua sure ada jawapan.

Haih. And that’s one of the things that I miss the most about you. To ask about the origin of the initials OK, about the 5th member of The Beatles, about how long the queue was on the premier of To Sir With Love, about the Crazy Pete guy and zillions of other wonders. Haih.

Now, I can only Google or ask Wikipedia. And yes, that’s what I’ve been doing all this while. Check here, and then cross-check there. Prep myself to fill your shoes as the Mr-Know-Who What Where When Why How. Hehe. Nahh. Who am I to fool, rite? Can’t even try to do that literally! Saya hanyalah lelaki Melayu average, a non-Giant unlike you. Huhuu.

Awh mayynnn.. masa ni lah Akak Indon ni nak dust meja pun. Huhuu. Mintak diri dulu kot? Kalau ada apa-apa, I promise I’ll tell yah. Tak tunggu tahun depan dah. Hehe.

Miss you much, Old Man. Miss you much and much much more each moment.

.

.

p/s : Al Fatihah. Such a gloomy 4 years. And counting.

________________________________________________

I’ve been walkin’ these streets so long
singin’ the same old song
I know every crack in these dirty sidewalks of Broadway
where hustle’s the name of the game
and nice guys get washed away like the snow and the rain..

There’s been a load of compromisin’
on the road to my horizon
but I’m gonna be where the lights are shinin’ on me..

Like a Rhinestone Cowboy
riding out on a horse in a star-spangled rodeo
like a Rhinestone Cowboy
getting cards and letters from people I don’t even know
and offers comin’ over the phone..

Well, I really don’t mind the rain
and a smile can hide all the pain
but you’re down when you’re ridin’ the train that’s takin’ the long way
and I dream of the things I’ll do
with a subway token and a dollar tucked inside my shoe..

There’ll be a load of compromisin’
on the road to my horizon
but I’m gonna be where the lights are shinin’ on me..

Like a Rhinestone Cowboy
riding out on a horse in a star-spangled rodeo
Rhinestone Cowboy
gettin’ cards and letters from people I don’t even know
and offers comin’ over the phone..

Like a Rhinestone Cowboy
and Cowgirl…

..credits to glen campbell.  

Owh.. he peformed at the latest Grammy, Bah.. strong as a horse.. err horse rider, i mean.

TUAN TANAH KISAH KLASIK : Teka Teki

.

Sebagai writer (amatur mahupun cari makan), kita wajib ada seribu macam benda backup dalam kepala, untuk disesuaikan ke dalam bentuk penulisan, bila mana jua yang rasa diperlukan.

Yupp, dalam kepala memang ada baaaaaanyak benda nak tulis. Niat di hati mestilah sentiasa nak hasilkan sesuatu yang bermanfaat, kalau tidak besar pun biarlah komuniti kecil kita dapat daripadanya. TA-PI, malangnya, writer juga dilahirkan secara semulajadi dengan satu kecacatan yang dipanggil ‘writer’s block‘. Mungkin kerana idea-idea yang ada, semua dah dicurah dalam bentuk skrip, yang kemudiannya untuk ditebus menjadi gaji bulanan. Hehe. Alah, itu nahu bahasa Benggali Putih saja. Bahasa kita lebih mudah. Luai. Atau Loi. Itu saja sebabnya. Nak tahu apa maksudnya, tanya budak MatJiwa. Sindrom Luai ni dah jadi makanan ruji depa. Hahah.

Nak jugak tulis sesuatu yang macam ini, tapi kudrat minda tidak sekuat Tuan Tanah Kisah Klasik tu haa. Dah diasuh diajar oleh tuan-tuan guru sejak azali, sesuatu yang hendak di-umum-kan, perlulah berlandaskan alasan dan kajian yang konkrit.

Misalnya, kenapa design sesuatu poster tu dengan warna hitam (anggap saja hitam itu warna, walaupun sebenarnya bukan). Tak boleh hanya jawab “hitam itu menawan“, atau “hitam itu ringkas dan elegan” atau “because my father’s car is black“. Tak boleh. Tuan-tuan guruku ajar, sokong dengan buku. Buku mana yang sebut, bab mana dan page berapa. Penulis tu pulak siapa, layak ke dia nak bercakap tentang fungsi warna dalam design? Nahh.. aku takdak semua tu. Nak ada, kena baca. Kena cari. Masalahnya, aku tak mampu cari, dan takdak kemahuan yang cukup untuk mencari. Maka atas kekangan itulah, aku putuskan untuk cilok pinjam dari sini. Harapnya Tuan Tanah Kisah Klasik tidak marah. Kalau marah, tolong dengaq lagu Arrow na. Hehe.

Kisahnya kali ini tentang teka-teki, yang aku sesuka hati rumuskan secara keseluruhannya adalah untuk mengajar kita tentang TAHU dan TIDAK TAHU. Hmm. Aku juga ada cerita tentang itu. Oh, bukan dari sirah Khalid Saifullah Al Maslul mahupun mana-mana Khulafa’.

Dan ceritanya, dibawakan oleh hero kita seperti biasa, Dato’ Seri Haji Ali bin Yusoff (macam yang orang selalu panggil dia, kalau jumpa first time.. dan aku selalu aminkan ja). Peristiwa ni berlaku sewaktu aku masih di sekolah menengah, kalau tak silap.

.

_______________________

.

LOKASI : Gerai Makan
WATAK : Abah, Aku, Kawan Abah (dua orang), Budak-budak Tabligh

Tengah syok makan, tiba-tiba kami didatangi oleh dua budak tabligh. Diorang datang dengan misi yang sama – untuk menyeru kita turut serta dalam majlis ilmu di pusat ibadat yang terdekat; secara berjemaah. Alhamdulillah. And Abah, being Abah, letak satu syarat sebelum nak ikut diorang – jawab soalan dia dulu.

Budak-budak.. mestilah nak kan? Tambah pulak, keberjayaan menjawab tu nanti juga bakal menjamin keberjayaan misi utama diorang. So, Abah pun tanyalah satu soalan:

Semua benda dalam dunia ni dijadikan oleh Allah, betul? Jadi, apa atau siapa pula yang menjadikan Allah?

Fuhh. Aku terkasima (ya, both TERKASIMA dan TERKESIMA boleh digunapakai ye, adik-adik). Soalan tasawuf mana pulak Abah korek nih. Mana ada jawapan dowh!

Tapi budak-budak ni terror –  jawab jugak dengan confidentnya. Yalah, diorang kan ahli majlis ilmu. Dan setiap jawapan yang diberi tu memang bernas pun. Aku pun kagum. Hehe. 

Allah tidak beranak, dan tidak pula pernah diperanakkan. (Al Ikhlas, Ayat 4)

Betul la tu kan. Tepat. Dusyum skali ja dia bagi. Aku sengih. Tengah dok bersiap nak bangun ikut budak-budak tu, Abah suruh tunggu dulu.

Saya tak tanya siapa mak bapak Allah. Saya tanya, siapa yang ciptakan Allah? 

Aku diam. Budak-budak tu pun terdiam. Abah pulak yang sengih.

Siapa agaknya dalam dunia ni, baik yang masih ada atau yang dah tiada, yang benar-benar tahu akan rahsia kewujudan Allah? Ada tak sesiapa yang tahu, ada apa atau siapa tak yang mencipta Allah? 

Perlahan-lahan, aku dengan budak-budak tu menggeleng.

Walau siapa pun kita, walau tinggi mana pun ilmu kita, rahsia tentang kewujudan Allah bukanlah milik kita. Hanya Dia yang tahu, dan Dia tak bagi kita hak untuk tahu. Tentang semua benda, kecuali yang itu. Jadinya, takdak antara kita sekoq pun yang tau.

Memang, saya sendiri pun dah start salah dah bila tanya tadi, mintak maaf banyak-banyak lah naa. Tapi moleknya, bila kita tak tau akan sesuatu, jawab ja lah TAK TAU. Paling elok, ucap apa?

Aku sengih balik, paham. Budak-budak tu pun paham, sebab soalan terakhir Abah tu depa dapat jawab, serentak lak tu. Hehe.

Sudahnya, aku and Abah tak ikut pun pi masjid or surau, sebab nak pi tempat lain pulak lepas tu. Tapi aku dapat ilmu yang sangat sangat sangat berguna dari cerita tu. Dan aku pasti, budak-budak tu pun sama. Huhuu.

.

.

_________________________

.

YA. Bila saja kita tak pasti (trust me, this BILA akan selalu muncul, BILA-BILA masa saja dalam hidup anda), jawablah

WALLAHU A’LAM.

Maksudnya;

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Atau bahasa kasaqnya,Aku tak tau aih.. tak reti aku bab ni. Tanyalah orang lain.” Hehe. Kita manusia. Bukan tuhan. Walaupun kita lebih banyak tahu daripada Malaikat, still banyak lagi kita tak tau. Well, Nabi yang maksum pun hanya tau benda yang Allah nak dia tau, kan?

Samalah dalam babak yang kita dah perhati sebentar tadi. MUNGKIN, jika digali dan dikaji, ada ja ayat tentang kewujudan Allah dalam Al-Quran. Tapi kalau kita tak sure, mengaku sajalah kita tak sure. Tak tau apatah lagi.

Sama macam Tuan Tanah Kisah Klasik buat la kan. Buat apa nak main aci letak ja puluhan ribu figura, peratusan dan petikan kata-kata dari entah sapa-sapa yang status sebenarnya sama ja dengan kita, semata-mata untuk kuatkan hujah, kalau sumbernya kita tak pasti? Tak ahli. Nak kaji sendiri banyak², takut sesat pulak. Yalah, menuntut ilmu tanpa guru tu kan bagai bergurukan syaitan?

Makanya, diam dan perhatikan dulu. Tidak alah seseorang itu, jika dia tidak tahu. Semua yang tahu, bermula dengan tidak tahu. Langkah pertama juga yang memulakan perjalanan beribu batu.

Well, Nabi pun ummi apa…

.

.

_______________________________________________

Berangkat pergi biduk kukayuh
sarat hati yang luka
agar tak lebih menyakitkan
jika masih di sini..

Bukan cuba untuk melarikan
dari kerumitan cinta
tapi waktu ini perlu untukku
mengupas segalanya..

Kadangkala pedih ini mencabarku
melupakan semua
tapi persaan kasih padamu
melebihi diriku..

Tapi engkau bagaikan tidak mengerti
halangan cintanya kita berdua
terpaksa aku pergi mencari
kesilapan sebenarnya..

Mengalah bukan kalah
pergiku bukan lari
bukan mudah bercinta
jika pengertian tak setaraf
menagih korban yang lebih dalam
yang lebih dalam…

..credits to aris ariwatan.

Mentor

In Greek mythology, Mentor (GreekΜέντωρ / Méntōr; gen.: Μέντορος) was the son of Alcimus or Anchialus. In his old age Mentor was a friend of Odysseus who placed Mentor and Odysseus’ foster-brother Eumaeus in charge of his son Telemachus, and of Odysseus’ palace, when Odysseus left for the Trojan War.

These facts, were directly derived from one of my most favourite websites of late – The Great Wikipedia. Yeah, say what you may, but for me the infos it contains (matters not by whom) are more than sufficient for me to redo my bachelor thesis.

Owh, we won’t be talking about Wiki by the way, but about the term MENTOR itself. Yah, Wiki did tell us a chunk of story of its origin, but you and I might be sharing a same whole different concept.

.

Mentor, can be regarded as our icon, our example. Milestone. Benchmark. Idol. Yah, idol might be the simplest way to describe it.

It can be anyone – our teacher, our parent, our brother or sister, one of our relatives – anyone.

As for me, my mentor is my former boss.

This man.

.

.

The name is Zainal Alam Kadir.

Most of us know him as a host. A TV presenter. But for me and many few of my friends, he’s far beyond a host.

To sum it all up, he’s a teacher, a journalist, a writer, a creator, a producer, a singer, an actor, a host. An artist. Without an E.

And he’s a mentor too. My mentor. I would say it very proudly, anytime anywhere. I could go on talking about him for one whole day, if you may let me.

.

ALAM, as he’s known among us, is my mentor. My boss. For me, one should be cleverer and smarter than me (and of course, than any other staff below him/her). More organized, more proper and wiser in making decisions. YES, ladies.. being a boss IS that hard.

But despite all the hard-to-make characteristics, Alam has fulfilled it all. He’s the smartest, wisest boss I’ve ever worked for. The most knowledgeable man, in fact. For instance, you might have this one piece of info / trivia / fact you’re so familiar about, that you think makes you a bit more genius than others? Try sharing with him that one precious ‘geniusity’ of yours – before you know it, he’ll be elaborating on it to paragraphs, lecturing you back with dozens of other more relevant infos.

Just like what this writer (who’s also in my most list of most respected persons) testified in his blog,

Alam can draw, write, sing, act, host, cook, produce (both albums and TV/movies) and anything else that comes to mind. His Mee Bandung Muar takes 12 hours of preparation – a testament to what kind of a person he is.

.

NEVERTHELESS, he still lacks of one thing – acknowledgement. People might see somebody else as the country’s best tv host; but for us, he is. Why? Because while other personalities might be needing scripts or scriptwriters to feed them with notes and pointers, Alam writes as he speaks. He creates as he talks. He delivers as he presents.

Yet, he’s still pretty much underrated.

Why again? That, I’d have to ask you, the Malaysian audience.

.

All in all,

Happy BELATED Birthday, Boss.

.

__________________________________

Di sini ku berada
di sini ku tetap jua
dari dulu kumenanti..

Dari mula dan kini
mimpiku impianku
harapan dan keinginanku
membara selalu..

Tak dapatkah kau merasakannya
kehangatan dan sucinya
cinta ini..

Agak sukar bagiku
untuk meluahkannya
dari dulu kumenanti
dari mula dan kini..

Bukan itu bukan ini
hanya engkau sentiasa di hati
bukan itu bukan ini
yang kuingin hanya segalanya
dirimu kasih..

Apalah ada pada diri ini
tanpamu berada di sisi
segalanya sunyi dan sepi..

Apalah ada pada hidup ini
jika dunia jika semuanya
tanpa kehadiranmu..

Bukan itu bukan ini
hanya engkau sentiasa di hati
bukan itu bukan ini
yang kuingin hanya segalanya
dirimu kasih…

..credits to zainal alam kadir.

Emak Ingin Naik Haji

 

Hurm.. mak mana yang tak teringin, betul tak?

Samalah macam watak utama filem kat atas ni. Filem ni bakal menemui anda di saluran 141, Astro Pelangi, dalam Indo Pek. Yupp, nak tengok kena langgan Indo Pek. Tekan Butang Merah di saluran i130, dan ikut arahan. Langgan sebelum 4 November ye, sebab filem ni akan ke udara pada tarikh tu, sempena Aidil Adha.

Kisahnya tentang Emak, yang teringin nak tunaikan fardhu haji. Walaupun just menjual kuih, Emak tetap berusaha kumpul duit untuk mencapai hasrat murni beliau tu. Pada masa yang sama, Zein, anaknya, tersentuh dengan niat suci emaknya tu, dan cuba jugak membantu dengan caranya sendiri. Berjayakah mereka? Cara nak tau – refer perenggan sebelum ni.

Terkesan dengan filem ni lah, aku atur satu misi. Misi yang lebih kurang sama, cuma tarafnya kurang sedikit, gara-gara kemampuan yang sedikit.

Dengan rasa malu pada Emak, serta rasa tanggungjawab aku sebagai anak, aku nak announce something kat sini.

Er..

Aku nak bawak hantar Mama pegi umrah. Kalau jadi, bulan 2 ni. Ya, hantar je.. sebab tak cukup budget untuk ikut. Alhamdulillah, rombongan tu nanti ada Ayah, Ngah, Abg Zul dan Maknya ikut. Hopefully, masalah mahram dah boleh settle.

Nak pegi haji – kos (dan mungkin jugak masa) akan meningkat jadi at least 4 kali ganda.. jadi, aku nak hantar Mama pegi yang sunat ni dulu. Ambik feel, berserta doa. Mungkin berkat doa Mama kat sana, rezeki dan peluang untuk yang fardhu tu akan menjengah lebih awal kan?

Malam sebelum aku bagitau Keklin, Mama tengok berita jemaah haji kat TV3. Terus dia tuka channel, sambil kata

Tak maulah tengok. Bukan boleh pi pun.

See?

Doakan aku ya, kawan-kawan..

.

.

Amiin.

 

______________________________________