Apa Itu Malaysia?

Baru² ni, aku ada up satu status kat Facebook, yang berbunyi

Bila sebut ‘Malaysia’, apa agaknya reaksi pertama orang2 puteh kat sini? Bincangkan. (Ini bukan soalan, tapi saya hargai jawapan anda).

Hehe. Status yang berciri mencapab, aku tau.. tapi aku tabahkan hati. Huhuu.

Yang menjawab tu ada lebih kurang 40 orang. Majoritinya rakan² yang sama² berjuang kat Bumi Sang Ratu ni. Ada jugak sanak kaum famili dari Malaysia. Ada jugak kawan². Maknanya, responden aku terdiri daripada orang² yang memang menetap kat sini dan mampu bertanya secara terus dengan orang puteh di kiri kanan depan belakang, ada yang pernah datang sini dan berjumpa orang puteh, ada yang pernah kenal orang puteh tanpa perlu ke luar negara, dan ada juga yang aku yakin tak pernah keluar negara; apatah lagi bertanya sendiri pada mana² orang puteh. Er maksud aku, bangsa asing berperawakan Caucasian; bukan putih macam lengan aku atau Faiz Hamsidi je. LOL.

Well.. aku tak nak kot ulas setiap jawapan; semua orang ada hak untuk menjawab; dan seperti yang aku nyatakan dalam status tu sendiri, aku hargai semuanya. Aku.. cuma nak berkongsi pengalaman aku sendiri; tentang reaksi pertama mereka terhadap tanah tumpah darahku Malaysia.

Minggu pertama. Reaksi pertama yang aku dapat bila aku bagitau aku ni asal dari Malaysia adalah.. jeng jeng jeng…

Oh.. it’s a beautiful country!

Hmm. Nampak tak? Kembang tak? Aku tak tau nak kata sebab aku memang dah sedia kembang. Heh. Dan berikut adalah reaksi² seterusnya yang aku dapat (dari orang² yang berbeza):

Oh.. I didn’t know Singapore is no longer part of Malaysia!

Mahathir. I admire him. What kind of a person is he like?

Oh lamb! I loveeeeeeee lamb! I loveeeeeeee Malaysian food!

I only rent out my houses to Malaysians. Malays.

So English is not your official language? But you guys speak f**king well!

Pa-kis-tan!

Ni hau ma!

25 degree?!! That’s f**king heaven!!!

Sikit sangat? Memanglah. Menepati kehendak survey, ini semua reaksi orang puteh. Orang Arab semua tak campoq. Hehehe. Ataupun ada yang rasa positif sangat? Too good to be true? Oh oh.. adaaaaa.. ada jugak reaksi negatif. Tapi.. setakat ni satu je:

What? Why should drug pushers be put to death?! I don’t believe that anyone deserves to be killed for any reason!

Mungkin bunyi macam susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya. Orang sini tak pandai berpura. Tak suka pun berpura. Tak suka, dia kata je terus tak suka. Boring, dia kata boring. Hmm. Nak tengok tak, apa kata survey?

Hmm.. silalah lihat di bawah ye. Maaf, nama terpaksa saya kaburkan; gambaq kira halai la noo. Tak clear pun, don’t worry. Hehe. By the way; yang saya DOTkan merah tu; itulah rakan² seperjuangan saya di sini; merangkap sumber paling primer dalam survey kita. =)

Oh ya.. sambil menengok² tu, suka saya nak tanya balik, dengan soalan yang diolah semula:

Bila sebut ‘Malaysia’, reaksi pertama siapa yang lebih positif; orang² puteh kat sini ke orang²  kita kat Malaysia sendiri? Heeee heee heeee… 

.

p/s : Can you spot the NOT? ☺

___________________________________________________________________________

Status1 Status2 Status3

Rahsia Kulitku

Antara soalan yang ramai orang (dua) tanya kat aku, adalah,

Macam mana nak kekalkan kulit wajah yang cantik macam tuan hamba?

.

.

Ok, hari ni buat kali pertamanya aku jawab..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Meminjam kata-kata seorang sahabat yang meletakkan iklan produk kecantikannya di Facebook,

my skin best friend for 3 years!

Haphazard?

.

Tajuk entry ni, maksudnya RANDOM. Aku baru dapat tadi, sebab rasanya nak letak tajuk RANDOM macam dah common sangat (aku dah buat banyak kali). Tamau la macam Tok Det, dia buleh la letak SNIPPETS banyak kali. Jadinya, aku pun type la RANDOM dalam MS WORD, right click dan cari SYNONIMSnya. Hehe. Sangat berkesan untuk orang yang tidak kaya kosa kata Inggerisnya, macam aku, tapi terpaksa buat banyak ayat bombastik untuk sedapkan skrip.

Dalam definisi penuh, HAPHAZARD membawa maksud

Lacking any obvious principle of organization.

..yang bukanlah secara total menggambarkan diri aku, tapi lebih untuk merujuk kepada idea dalam kepala otak aku – tak tau nak tulis apa (atau dalam ayat yang lebih tak berlapik – “tau nak tulih, tapi malaih”). Tapi kan, RANDOM tu kan maksudnya RAWAK? Takkan dalam malas nak menulis ni aku kena tulis BANYAK benda kot? Erm.. tak jadilah. Aku tulis pasal satu benda jelah. Leh? Alah.. idea lain tu kita simpan la, leh buat entry lain pulak. Kan kan kan? Hehe. (Pa’it sure tengah menyumpah dalam hati – “entah bila entry lain tu nak keluaq tatau”). So, here goes.. (ha, style ‘here goes’ ni pun dah banyak kali aku buat, perasan tak? Damn..)…

Tadi aku meraban dalam status, tentang penggunaan articles‘. Cari sendiri kot, aku bukan cikgu English nak ajar lebih-lebih. Orang panggil aku SIR pun bila nak masuk kedai makan tertentu ja. Nak bagi senang lagi, aku dah link kat Wiki dah pun. Klik sahaja.

Oklah oklah. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar cikgu-cikgu English aku; antara yang aku masih ingat termasuklah Puan Chan Ai Lay dan Mr Vincent Ooi Jew Chai; aku masih mampu menggunakan ‘articles’ ni dengan waras. So, biaq laa aku bagi ajaran sesat sikit kat hangpa kay. Hehe.

Aku meraban tentang penggunaan ‘a’ dan ‘an’.

Contohnya, I HAVE ‘a’ PEN. Rasanya tak susah pun kan nak guna? Woops. Ada trick sikit kat situ ye. Bila subjek lepas article tu bermula dengan huruf² konsonan, kita pakai ‘a’. Tapi kalau huruf vokal (AEIOU la – tak penah tengok Roda Impian ka??!), macam I HAVE ‘an’ ERASER, kita pakai ‘an’.

TA-PI.. ahah, English memang banyak TAPInya. Ada pengecualian – bila subjek (atau noun kot, correct me if I’m too stupid tapi berlagak pandai, ye teachers?) tu bermula dengan U yang mengambil bunyi YU, misalnya UNIVERSITY atau UNIFORM, kita tak pakai ‘an’. Kita tetap pakai ‘a’. Kita ambik sifat bunyi huruf tu, bukan rupa dia.

Kes yang sama jugak bila kita nak cakap tentang akronim yang melibatkan huruf berbunyi vokal. Sifat dia maybe konsonan, tapi bunyinya vokal. Faham tak? Contoh paling senang – I HAVE ‘an’ FB ACCOUNT. Bila nak sebut huruf F tu kan, kita actually sebut EF? Ha, kan sifat dia bermula dengan huruf vokal. E.F. Kalau faham, bagus. Kalau tak faham, sila delete akaun FB anda.

Sama macam bila nak sebut THE. Untuk yang konsonan, misalnya I BOUGHT ‘the’ PEN, kita sebut ‘ther’. Atau lebih tepat lagi, buat lidah macam nak sebut huruf ‘thaa’ dalam jawi (sila rujuk gambarajah di ataaaaaas sekali), cuma getarkan sikit macam nak sebut ‘z’. Jadinya, TZHER la kan. Bukan DER ye. Itu, bahasa Melayu rempit, bukan English.

TAPI (kan dah cakap tadi, banyak!), bila bertembung dengan subjek yang bermula dengan huruf vokal, misalnya I BOUGHT ‘the’ ERASER – kita sebut ‘tzhi’. Cara sebut, sama macam ‘tzher’ tadi. Ya benar…

Sebab utama aku meraban adalah – benda ni dah banyak sangat diulang dalam penulisan (percakapan toksah cakap la kan). Walaupun tak separah penyalahgunaan imbuhan KAN vs -AN (KELAYAKAN, bukan KELAYAKKAN); serta  kata sendi DI yang sering disalahfaham dengan imbuhan DI- (DI SINI bukan DISINI); tapi masih mampu menyemakkan kepala migrain level 4 aku ni.

Iya, menulis dalam Bahasa Inggeris itu bagus. Tak salah mencuba. Dengan melakukan kesalahan, kita akan lebih belajar *rolling eyes*. Cuma, apa salahnya cuba pulak pastikan ayat kita itu betul. Tanya ke.. Google ke.. Wiki ke.. ye dok?

Kalau idak, kesian cikgu English hangpa.

.

p/s : Kids nowadays.. good in STUDY, but never really LEARN.

_____________________________________

.

Those schoolgirl days
of telling tales 
and biting nails are gone..

But in my mind
I know they will 
still live on and on..

But how do you thank someone
who has taken you 
from crayons to perfume?

It isn’t easy, but I’ll try..

If you wanted the sky 
I would write across the sky in letters
that would soar a thousand feet high
“To Sir, with Love”..

The time has come
for closing books 
and long last looks must end..

And as I leave
I know that I 
am leaving my best friend..

A friend who taught me right from wrong
and weak from strong
that’s a lot to learn
what, 
what can I give you in return?

If you wanted the moon 
I would try to make a start
but I, 
would rather you let me give my heart
“To Sir, with Love”…

..credits to lulu.

(straight guys, please disregard the second last line yah…)

The Eleventh Hour

Sana sini orang dok kecoh, menjadikan tarikh 11.11.11 ni terlebih keramat lak. Dah kalah orang ngangkung mintak nombot ekoq kat kuboq lak keramatnya. Haih.

Betui macam member aku tweet,Ianya hanya sekadar tarikh…“. Takdak apa yang salah kat statement tu. Sebelas haribulan sebelas duaribu sebelas ni hanya sekadar tarikh, cuma kecantikan dan ke-rare-annya saja yang buat orang pakat menggeletat terlebih. Hahaha.

Ya ya ya.. other than the fact that this unique date will only occur once in every MILLENIUM, bagi aku ia tetap hanya bermakna buat orang yang lahir, atau kahwin hari ni (Yes, you’re included. Tahniah, and moga kekal hingga akhir hayat. Jadi isteri yang solehah, ibu yang mithali, dan kekal sebagai anak yang berbudi. Amiin.). Tu saja. For the rest of us, ada benda lain yang lebih patut kita peringati. Iaitu? Ini:

Remembrance Day (also known as Poppy DayArmistice Day and Veterans Day) is a memorial day observed in Commonwealth countries since the end of World War I to remember the members of their armed forces who have died in the line of duty. This day, or alternative dates, are also recognized as special days for war remembrances in many non-Commonwealth countries. Remembrance Day is observed on 11 November to recall the official end of World War I on that date in 1918; hostilities formally ended “at the 11th hour of the 11th day of the 11th month” of 1918 with the German signing of the Armistice (“at the 11th hour” refers to the passing of the 11th hour, or 11:00 a.m.)

The day was specifically dedicated by King George V on 7 November 1919 as a day of remembrance of members of the armed forces who were killed during World War I. This was possibly done upon the suggestion of Edward George Honey to Wellesley Tudor Pole, who established two ceremonial periods of remembrance based on events in 1917.[1]

The red remembrance poppy has become a familiar emblem of Remembrance Day due to the poem “In Flanders Fields“. These poppies bloomed across some of the worst battlefields of Flanders in World War I, their brilliant red colour an appropriate symbol for the blood spilled in the war.

SUMBER : Wikipedia

See? Aku pun, kalau bukan boss aku seorang rakyat Kanada ni yang peringatkan masa dalam meeting, takkan tau punya benda ni. Walaupun majoriti negara Komanwel sambut, tapi sebab Tanah Melayu was not directly involved in WWI, it’s just intent for us to ignore. Kan? Kan?

Makanya, marilah kita memperingati saudara-saudara (uhum, ada, in fact RAMAI, yang seagama ye) yang telah terkorban dek kebodohan dan keterlanjuran otak-otak manusia yang tamak satu ketika dahulu ni. Ingat – war killed, kills, and will kill.. still. Berdasarkan tahap pemikiran, tingkah laku dan judgement pemimpin² zaman sekarang (yes, pencadang mahupun pembangkang, di dalam hatta di luar), WWIII is not that far away, gentlemen.

.

.

p/s : The man who decided to change at the twelfth hour, dies on the eleventh.

______________________________________________________________

You and me are the same
we don’t know or care who’s to blame
but we know that whoever holds the reins
nothing will change
our cause has gone insane..

And these wars, they can’t be won
and these wars, they can’t be won
and do you want them to go on
and on and on
why split these states
when there can be only one?

And must we do as we’re told?
must we do as we’re told?

You and me fall in line
to be punished for unproven crimes
and we know that there is no one we can trust; 
our ancient heroes, they are turning to dust! 

And these wars, they can’t be won
does anyone know or care how they begun?
they just promise to go on
and on and on
but soon we will see
there can be only one..

United States! 
United States! 
Of… 

Eurasia!

..credits to muse.

Buai Laju Laju

.

.

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

.

.

Itu, pantun. Syarat pantun yang paling utama, pembayang dan pemaksud mestilah serima.

Ini, bukan pantun.

Cuma kerja buat jijik seorang pelacur bahasa, yang tak langsung malu, mengaku diri penulis iklan radio.

.

.

Buai laju laju,
sampai cucur atap,
gigi belum tumbuh,
dah pandai baca kitab.

.

Kalau menyalin semula pun kau gagal,

baik bersara saja dari profesional – dan tukar saja menjadi sebenar-benar sundal, lebih afdal.

Nah, ini hadiah buatmu. Kalau saja kamu bisa hadami.

.

.

Tuai padi antara masak
esoknya usah layu layuan
mengaji tinggi sampai ke puncak
kekoknya pepatah sayu sayuan.

Berakit rakit orang ke hulu
berenang renang kita ke tepian
bersakit sakit moyang nan dulu
bersenang lenang kita ketepikan.

Dua tiga itik berlari 
mana kan sama si kucing belang
dua dasawarsa adik mengaji
masa kan sama sumbingnya mengarang?

Genggam digenggam si bara api
biar melecur arang jadinya
geram dikemam lara di hati
tegar dilacur tiang umbinya.

Kalau dah tahu hujan tak jadi
mengapa masih turun ke bendang
kalau dah tahu tulisan tak seni
mengapa masih tak gerun berdendang?

Kalau kail panjang sejengkal
jangan lautan hendak diduga
kalau tartil telanjang dangkal
janganlah watan hendak dicuba.

Apa didulang jelatah karat
kalau tercalar kaki yang sakit
Apa dijulang pepatah Barat
kalau berkandar daki yang melekit?

Jangan disambung paip berkarat
bimbang tertali air yang bisa
jangan dilambung ratib si lahanat
bimbang termangli mengkafir bahasa.

Lidah seni lidah terkiat
lisannya dunia sangga ke hati
madah ini wadah keramat
azanlah ia hingga ke mati.

.

.

.

.

.

p/s : Jual diri lagikan tega, apa sangatlah lacurkan sendi bangsa kan? Manusia.. manusia…

10 Pantang Jojoe : Part One.

Aku memang banyak pantang dalam hidup. Ada banyak benda yang memang aku takleh tolak ansur (walaupun kadar tolerance aku ni boleh dikatakan tinggi jugak). Well.. ramai orang cakap, pada zaman ni sapa² pun boleh buat apa² yang disukai. Jangan dengar sangat cakap orang, jangan kisah sangat apa orang lain fikir. TETT! Salah. Kalau betul lah falsampah tersebut, cuba pakai baju yang sama straight seminggu, tak yah mandi dan datang kerja tak gosok gigi.

Hep! Jangan tak ngaku (especially yang laki dan masih bujang), bahawasanya tak yah bangun dari tempat tidur untuk bersiap, even untuk satu hari suntuk tu pun adalah satu nikmat yang tak terkata! Tipu dosa woooo…

Okeh. Hari ni aku nak senaraikan kepantangan aku yang terbesar. And yes, you read it right – it’s just the part uno, bebeh. Behold.. loads more to come!

Pantang Satu. Bila tengah drive, ada kereta yang slow nak mampos, duduk lane kanan. FYI, lane paling kanan tu BUKAN UNTUK LAJU, tapi UNTUK MEMOTONG. Walaupun had laju lebuhraya Malaysia ni 110km/j, tapi kalau kamu tu bawak cun² 110km/j, silalah duduk lane tengah, iaitu LANE SEBENAR UNTUK LAJU. Tak payah la nak terkinja² membebel atau tunjuk jari tengah kat aku, bila kena cucuk or high beam, or worst – KENA HON! Pastu argue pulak, “kan had laju 110 je… kereta belakang ni bodo ke hape?“. Itu hak dia nak laju, kereta dia mungkin lebih mahal. Tapi TANGGUNGJAWAB ko, pegi kiri. Lebih parah lagi, jenis degil camni selalu pakai kereta nasional macam aku je. BODOH.

Pantang Kedua. Kereta yang laju Maha Gaban, drive kat lorong tengah atau kiri, tapi dok galak high beam or cucuk. Lu pehal brader? Kalau lu hebat sangat, pegi la cucuk keta lorong kanan nuu. Owh, kereta laju yang dok gatal cucuk jugak kereta lembap kat lane kanan tadi tu pun sama jugak gediknya. Kalau dah lane kiri tu clear, potong jelah kiri. Alang² ko dah tak ikut rules dengan speeding, potong kiri dengan selamat tu worse ke dari mencucuk orang? Kena dia tu jenis cepat panik dan terus break, tak ke naya kereta ko bersenggama dengan keta dia!?!!

Pantang Ketiga. Jenis yang tak mengaku salah. Ini, maaf cakaplah ye, mainly perempuan. Not the ones I know, thankfully. Ok, semua maklum kamu tu cepat panik bila salah. Tapi tak yah la nak snap, pastu serang orang lain yang patut serang kamu dulu tu. Apa, ingat kalau kamu marah dia dulu, terus dia lak yang jadi salah? Gila ka? Aku pernah kena camni kat parking sebuah hotel mewah. Kereta minah BERTUDUNG tu dah masuk no entry, tapi dia tetap tanak pergi tepi or reverse. Belakang keta dia kosong je, tapi belakang keta aku dah beratur panjang. Hon pun dia buat derk je. Sudahnya, kami semua jugak yang kena susah payah selit ikut tepi. Penutupnya? Dia pulak yang tunjuk MIDDLE FINGER kat aku. Eh? Aku ke yang salah?? Oh ya, aku ulang sekali lagi – minah tu BERTUDUNG macam Kak Wan.

Pantang Keempat. Minah pakai tudung, perangai nauzubillah. Gelak mengilai, pakai baju ketat, NAMPAK MACAM MACAM, mencarut, peluk sana sini dan pelbagai lagi. Kak, pakai tudung tu bukan setakat fesyen je tau. Perangai kena jaga, sebab secara tak langsung kamu tu jadi ikon Islam. Sedar tak? Tak sedar? Haishh.. moga² sedarlah pasni ek. Owh.. same goes to mamat lebai’s yang perangai astaghfirullah. Huhuu. Yang ini, memang banyak.. sekaligus mencambahkan lagi skeptikal masyarakat terhadap mereka.

Pantang Kelima. Minah seksi yang memang seksi Masya-Allah, tapi jegil mata macam nak tercabut bila kena ushar. Hoih. Apa motif pakai kalau bukan untuk ditengok? Ke, ada target mamat tertentu je leh tengok? Kalau ada, tarik jelah mamat tu masuk store room atau bawak balik umah, pastu hah – tunjuk jelah puas². Kome tu sebaik-baik hiasan (minus the solehah part), pasal tu disuruh tutup serba serbi. Kami kaum laki ni.. err.. memang dah semulajadi pandai menghargai hiasan. Reti?

Pantang Keenam. Orang yang suka salahkan diri sendiri, dan lebihkan orang lain. Bagi aku, golongan ni lebih malang dari yang suka salahkan orang lain. Benda ni, memang aku pantang dari kecik lagi dah. Penat ja masuk kem motivasi sana sini, dengaq ceramah ayah Huserk (hehe selit skett Serk.. peace!) 2-3 hari, tapi motivasi diri letak celah longkang. Tak cukup dengan tu, suka mintak nasihat tapi haram tak penahnya ikut. Haishh.. nak je aku pelangkung, tapi ramainya pompuan yang macam ni. Yang laki, over confident la pulak! Masalah jugak tuu…

Pantang Ketujuh. Tak tau, tapi tak penah reti bertanya. Weh, satu²nya manusia yang diberi segala ilmu yang ada di dunia sebaik dia dilahirkan, adalah ADAM A.S. Kamu tu memang cucu cicit dia, tapi status kamu jauh panggang dari api! Kita bukan dilahirkan serba tahu, macam Profesor Serba Tau. So, tanyalah.. takkan jatuh punya harga diri bila bertanya. Tapi jangan asyik nak bertaaaaaaaanya je. SEDIA AWAL, Tumpuan, Ulangkaji. Check dulu topik yang tak tau tu. Kalau tak paham jugak, baru tanya. Tahu? Ke tak tahu jugak? Haishh…

Pantang Kelapan. Ini lagi teruk. Tak tahu, tapi buat² tahu. PALA TAU, bak kata budak Mat Jiwa. Haha. Spesis ni aku golongkan sekali dengan anasir² yang nyanyinya ke laut, tapi tak penah nyanyi kat laut.. asyik nak nyanyi depan khalayak ramai je. Mereka ini berkembang dengan cukup pesat di pusat² karaoke, baik yang secara terbuka, dalam bilik mewah atau habitat asal mereka – karaoke jamban. Yang jenis nyanyi slow² malu² tu takpe la, maybe just suka². Tapi selalunya diorang ni tak penah tau pun diorang takleh nyanyi – memanjang je nyanyi dengan showmanship bagai. Pilih lak, lagu² tinggi nahaiiih punya. WORST – Siap jadi PENGKRITIK lagi tu! Haishh…

Pantang Kesembilan. Penyanyi yang baik, menyombong. Atau nak lagi sedap ayat ni, artis yang menyombong. Weh, yang buat kome kaya, letakkan kome kat puncak dunia apa semua tu, KAMI laa – rakyat ‘negara seni’ kita ni. Tak yah nak menyombong sangat. Ye, paham.. kome tu keja 25 jam sehari. Tapi senyum dan tolak baik² kalau tak sanggup melayan. Owh, sama jugak artis yang asyik melaaaaayan je. Wasatiah tu, berguna bukan dalam agama je ye. Haishhh.

Pantang Kesepuluh. Orang yang kaki komplen. 26 jam, 9 hari seminggu, keja dia kooooooooomplen je. Itu tak kena, ini tak kena. Baik ke idak ke, semua dia nampak buruk je. Orang semua salah, dia jelah yang betul. Semua benda pun dia pantang! Perasan bagos! Orang jenis ini.. eh.. macam kenal je .. erk.. uhum.

_______________________________________________________________

Bunga semarak
indah nama seri rupa
bersemadi ayu tengah rimba
dipuji dan dipuja oleh unggas dan serangga
setiap detik tiap ketika..

Bunga semarah
berhijrah ke kotaraya
rendang teduh oh merah berwarna
hias taman perdana
lambang paduan negara
jadi pujaan penglipurlara..

Dibelai penuh mesra
bersemarak dalam jiwa
dijulang megah dijunjung bangga..

Asalmu oh dari rimba
kini menghiasi kota
jadi kemegahan negara..

Bunga semarak
kembang mekar dalam hati
setiap masa dipuja puji
di darat bak jambangan
berlayar di samudera
menuju ke puncak bahagia…

..credits to yusni hamid.

p/s : Sapa tau lirik betul lagu ni? Surprisingly, lagu beliau yang lain ada kat net, yang ni je takde. Huhuu…

Cari Apa?

Pada mulanya, dulu, aku rasa langkah aku untuk tutup blog di blogspot dan bukak di wordpress adalah sangat, sangat silap. Sebab banyak benda takleh buat, banyak restriction dari segi layout dan design serta banyak lagi. Tapi lama kelamaan, aku dah mangli dengan semuanya, dan semakin serasi bersama blogging di wordpress.

WordPress ada banyak features yang takde di blogspot. Salah satu yang paling coolio adalah, kita boleh tau orang jumpa blog kita dari mana, termasuklah term yang diguna di search engines untuk sampai ke blog kita. Dulu masa aku aktif di blogspot, benda ni takde. Sekarang tatau la pulak.. kalau ada, baguslah.

Semakin lama, semakin banyak keyword yang boleh membawa korang ke sini. Memula ok, tapi makin lama makin pelik. So hari ni, aku nak kasi tunjuk 5 keyword paling top, yang telah membawa beberapa orang (daripada yang sedozen tu) pembaca aku ke sini. Here goes.

1. Macam Mana Nak Hebat Main Drum

Hahaha. Aku ni ada rupa macam cikgu main dram ke? Ye, mungkin aku pernah ajar junior² masa band kat sekolah rendah and menengah dulu, tapi takde la hebat jugak diorang tu. Haha. Untuk kamu yang sampai ke sini dengan frasa kunci ini, sorry to tell you that YOU JUST GOT PAWNED!!! Sila ke pusat muzik yang berhampiran ye.

2. Zamnorashikin

Erk.. ini bini gua ni. Ada apa masalah lu orang Google bagai nak carik dia ni? Letak no. phone kat sini, dengan alamat umah. Kejap gi malam gua pegi cari lu, kita settle. Haha.

3. Ezrin Loy

Hahahaha. Ini namanya kanak-kanak bermisai. Agak susah untuk dibabysit, amaran. Hehe.

4. Pengetua AF9

Ayet.. lu tengok.. ni semua keja lu aa ni. Grr…

5. Soutun Nida SMS Sultan Mohamad Jiwa

Err.. ada jugak orang carik group ni ek? Hahaha hahaha hahaha. Assautun Nida’ le, ejaan dia. Maksudnya, ‘Suara Seruan‘. Ditubuhkan untuk berdakwah melalui seni suara. Dulu aktif la menyeru orang buat itu ini, tapi skang keja diorang menyeru orang pegi makan, tengok bola or lepak lepak je dah. Tekong dia dua dua dah kawen, sorang dah jadi BAPAK budak. Mahaplah ye. Dulu dulu tanak tegur, sekarang dah terlambat le kan. Wakaka.. (owh.. kalau junior aku yang buat perangai Google camni, silalah cari nama aku kat Facebook, add dan message na. Makaseh.)

Hmm.. lepas ni, tah apa lagi tah term yang korang pakai, entah la. Sorilah ek, kalau lain yang korang cari, lain yang korang jumpe. Bukan salah korang, jauh lagi salah aku. Tapi kagum gak aa dengan kesanggupan korang mencari dan meneliti satu persatu isi kandungan laman web yang tersangkut dengan kata kunci tu, untuk mengetahui sama ada tepat atau tidak carian korang tu. Tabik spring kasi!

____________________________________________________

Di sinilah tempat ku bermula
menimba ilmu milik Yang Esa
buat bekalan dunia
akhirat jua tidak dilupa..

Kedengaran sayup berkumandang
suara anak anak wawasan
akan kami buktikan
kecemerlangan dan kejayaan..

Bersatu hati suara
tercipta sumbangsih irama
renungan buat semua
tanda ingatan nan mesra..

Salam yang teristimewa
buat temanku semua
penuhkan ilmu di dada
hidupmu bakal sejahtera..

Sekalung budimu guru
menyampaikan wadah ilmu
akan kukenang selalu
jadi panduan hidupku..

Bersama kita jayakan
satu wawasan pendidikan
untuk agama dan bangsa
berbakti pada negara..

Terima kasih kami ucapkan
pada guru teman seperjuangan
moga kan diberkati
jasa dan bakti
kekal abadi…

..credits to assautun nida’ / soutul jihad.