Entri Ke-200 AksaraKetiga : Sesumpah Jugaklah

Image

Kebelakangan ni, banyak artikel atau status yang mengadu tentang kecenderungan segelintir daripada kita meletakkan gambar makanan/barangan/percutian di Facebook. Alasannya, tindakan itu tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan hidup orang lain yang tak mampu memiliki semua itu.

Sedih. Amat sedih.
Tapi sekarang, giliran saya pula untuk bertanya.

Image

Facebook itu apa? Dari mana laman Facebook itu dibuka dan dilayari? Dapatkah kita buka dan layari laman Facebook tanpa memiliki peranti berkomputer dengan keupayaan melayari internet (serta talian internet itu sendiri), yang tentunya bukan murah? Soalan² ni pula, membawa kepada soalan saya yang paling utama – adakah akaun Facebook itu sesuatu yang wajar dimiliki andai benar pemilik akaun itu tidak berkemampuan pun untuk membeli makanan ruji bekalan hidup seharian? Jadinya maaf, saya tak rasa terma FACEBOOK dan frasa TAK MAMPU layak digandingkan bersama dalam satu cerita. Umpama merak yang berkilau segak, digandingkan dengan gagak yang patah paruh dan kepak. Maaf sekali lagi, saya tak dapat cerna itu.

Image

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka,” (Ar Raad : 11)

Klise kan? Sejak melangkah masuk Darjah Satu, sampailah sekarang kebanyakan kita dah beranak pinak lebih daripada satu, dah lebih daripada satu ratus kali rasanya ayat ni diulang, dalam hampir setiap usrah dan tazkirah. Lumrahnya, benda klise ni orang dah hafal. Bila dah hafal, semuanya selalunya hanya akan tinggal hafal tanpa amal. Samalah macam ayat “Jangan ditanyakan apa sumbangan negara terhadap kamu” oleh mendiang JFK; dengarnya banyak kali, fahamnya terus dapat dengan sekali cuba saja, tapi terimanya tidak juga. Yalah, firman Dia lagikan dienteng, apatah lagi ucapan seorang mantan presiden negara kukubesi dari Barat.

Yang disuruh tu, adalah MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA. DIRI kaum yang nak diubah nasibnya. DIRI KITA. DIRI KAMU. Bukan diri orang lain. Bukan kamu miskin, kamu suruh orang lain perlahankan bekerja. Bukan kamu gagal periksa, kamu suruh semua orang tidur dalam prep malam. (Eh?) Mana logiknya, bilamana Malaysia asyik gagal dalam kelayakan, kamu lobi supaya Juara AFC Asia Tenggara layak terus ke pusingan akhir Piala Dunia? Mana warasnya, bilamana agregat jadi seri, kamu paksa penganjur supaya ubah dan tidak menggunapakai peraturan jumlah jaringan gol di tempat lawan?

Image

Cukup-cukuplah memaksa orang lain untuk mengubah cara cakap makan gaya pakai mereka dalam hidup mereka, demi menepati cakap makan gaya pakai kita dalam hidup kita sendiri. Bukankah lebih baik andai kita lihat dunia dari mata jiwa yang lebih positif, dan jadikan segala yang kita tak mampu miliki itu sebagai cabaran untuk terus berusaha memilikinya?

Asal saya bukan lombong emas (tapi bukanlah lombong tak emas juga). Tapi saya (rasanyalah) tahu di mana lombong emas itu berada, jadi saya cuba menjejakinya. Saya bukan muda, umur dah nak mencapai angka berkepala tiga; tapi saya (rasanya jugaklah) tahu yang belum pernah terlambat untuk saya buka langkah mengubah nasib saya. Saya bukan yang paling pandai dalam tingkatan, saya bukan yang paling berpengalaman dalam jabatan, bidang pengajian saya bukan pun di puncak piramid bidang keberhasilan negara, tapi berkat (rasanya sekali lagilah) usaha, doa, tawakal (saya, keluarga dan tentunya pihak penaja), yang semuanya adalah atas restu dan keizinan-Nya, maka di sinilah saya. Benar.. belum tentu saya akan berjaya, tapi setidaknya saya dah (insyaAllah) separuh jalan ke lombong emas tersebut bukan?

Image

Itu contoh. Saya jadikan diri sendiri sebagai contoh, sebab saya hanya tahu kisah saya. Saya hanya ada hak untuk perkatakan tentang diri saya. Saya hanya ada hak untuk memaksa DIRI SAYA untuk berubah dan mula berjalan melawan arah. Moralnya kisah di atas adalah; kalau saya yang biasa-biasa saja ni pun boleh, takkanlah anda yang rata² lebih rajin dan mantap daripada saya hanya mampu mengeluh hampa? Apa halangannya? Jom kita bersila, hidangkan senarai halangan kita satu persatu.. boleh kita acu bandingkan. Kalau neracanya tak seberat mana, makanya moleklah kita sama-sama berhenti mengadu dan mula beradu.

Image

Jika tak tahan melihat kerenah mereka (SAYA) berkongsi gambar dan status yang berkaitan kategori² di atas, silalah UNFOLLOW saja. Itu sepenuhnya hak anda. Manakala hak saya pula adalah untuk terus berkongsi, kerana saya tahu untuk siapa saya kongsikan gambar dan status² itu. Itu satu cara saya memberitahu mereka, “Aku baik-baik saja di sini. Syukur, doa kalian sentiasa dikabulkan untuk melindungi”. Tidak ada sepicing pun niat untuk membisik “Hahaha aku dah sampai di sini, di bumi sang ratu.. sedangkan kalian terus tenggelam dek hujan batu”, walau dalam hati sekalipun. Sekali lagi, terpulang kepada kalian untuk percaya atau terima, itu HAK kalian.

Kasar bunyinya, tapi kadang² saya rasakan yang sesumpah mungkin lebih mulia daripada sesetengah (tentu sekali bukan semua) manusia. Sesumpah tak pernah memaksa ranting, daun, tanah dan batu di sekelilingnya merangkak dan berlagak seperti cicak. Sesumpah sentiasa lincah bergerak mengikut dunianya; bukan memaksa habitatnya berubah tanpa dia sendiri berusaha menguit sepicing pun.

Akhir kata, maaflah andai sesiapa terasa.
Dan ingatlah.. kerana terasa jugalah saya terpaksa bersuara.

Wassalam.

p/s : Syukurku yang tidak terjangkau dek langit kepada Tuhanku, Allah Yang Satu; rezeki dan kehendak-Mu jugalah yang membolehkan aku meneroka sudut baru bumi-Mu ini. Terima kasih yang melimpah ruah juga buat keluarga, sahabat dan pihak penaja atas sokongan, pemahaman, bantuan dan doa kalian yang tidak pernah kunjung surut. Rindu ini sentiasa cuba kutidakkan tanpa menafikan, agar kekuatan ini sentiasa berkesinambungan.

Seni Dalam Kata : The Reiteration

Aku berlindung kepada-Mu, sepertimana Rasulullah S.A.W berlindung, daripada gangguan syaitan dan manusia, tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

Breath in. Out. Here goes.

.

In my humblest opinion, copywriting is a profession most taken for granted.

Why?

Sebab kalau kita tengok hari ni, punyalah berlambak kesalahan bahasa rasmi, di mana-mana pun. Yang paling aku kesalkan, majoriti kesalahan ni dilakukan oleh syarikat-syarikat pengiklanan besar lagi profesional! Contohnya, macam ni.

!$%@%^. Pembukaan dia gah bukan main; satu dunia tau. Tapi, perlaksanaan? Atas sikit je daripada har*m.

Korang tak malu ke? Yelah, hampir (aku sengaja guna HAMPIR, walaupun sebenarnya aku rasa memang SEMUA) papan iklan di Malaysia ni akan ada nama agensi pengiklanan yang terlibat, di sudut bawah sebelah kiri atau kanan; so secara tak langsung orang akan tau agensi mana yang sungguh sungguh tak pandai ni.. kan?!

Sudah-sudahlah tu buat untung. Fikirkanlah bab tanggungjawab terhadap masyarakat sama. Bukan mahal pun nak hire copywriter kot? Kalau ya pun tak berbaloi nak gajikan seorang copywriter secara tetap (walaupun sebenarnya setiap projek pun perlukan copywriter), cariklah yang freelance macam aku..  kosnya brapa persen sangatlah daripada keuntungan korang tu.

Benda ni bukan affect company dan client korang je tau tak, malah masyarakat kita sekali.. baik dari yang masih di bangku sekolah, sampailah yang umur aku, malah mencapah kepada yang lebih berusia. Sebab bila benda tu dah tercetak dan tertayang di khalayak umum, maknanya benda tu dah lulus dan rasmi, serta layak dijadikan rujukan.

Memang, SEPATUTNYA semua orang pun mampu menulis dengan baik, sebab semua pun belajar macam aku dan rakan-rakan penulis belajar jugak. BM Pemahaman, BM Penulisan, KOMSAS, semua pun aku go through jugak. Even less pun, sebab aku bukan budak sastera. BM dapat A2 pulak tu dalam SPM!

Heran aku. Masa cikgu BM korang tengah mengajar dulu, korang buat apa? Main? Ponteng? Tidur dalam stor belakang 2A3 macam Pak Zai? Oops.

Haih. Entahlah. Mula² paper, lepas tu billboard. Lepas ni sapa pulak nak jahanamkan bahasa bangsa aku?

Apapun, tahniahlah sebab berjaya memaksa aku membuat satu entry secara tiba-tiba hari ni.

.

.

Sekian, wabillah.

.

p/s : Takde takde.. takde lagu kali ni. Hurgh.

Hikmah Kembara? Hee hee…


Seperti biasa,
entry Pa’it ada saja yang bagi aku idea untuk buat entry aku sendiri. Hehe. Dan kali ni, entry ni:

http://faizhamsidi.wordpress.com/2012/02/21/mencari-hikmah/

Dia cerita tentang diari hidup dia yang tak berapa nak macam orang. Hehe. Hang compare dengan ‘orang’ yang hidup kat mana ni, dude? Aku rasa, orang² yang dapat nikmat untuk keluar rumah after Dhuha, and pukul 6 dah ada kat rumah, hanyalah orang² yang rumah dia depan opis. Contohnya, penjawat² awam di Putrajaya. Itupun, aku doubt. Tak caya, tanya Zamey, pukul berapa dia sampai rumah? 5.30pm baru habis kerja, nak amek anak kat nursery, traffic jam lagi dan sebagainya. Sama jugak la kot, by Maghrib baru sampai rumah.

Tapi aku tau Pa’it memang bersyukur (hee hee ayat cover.. nampak?). Aku penah jumpak raaaaamai lagi yang super kuat komplen. Rendah diri sangat. Bak kata Muniff Hijjaz:

Hindarkan kemalasan.. jauhilah rasa rendah diri…

(Orang quote, aku pun nak quote. Tapi aku setakat quote lagu ja la.. huhuu..)

Ok ok.. macam ni lah. Nak tengok jadual aku dak, abiang? Hee hee…

.

0620 Alarm berbunyi, tanda aku kena bangun. Hehe. Kalau tak cukup rajin, 6.40 tu ada ‘human alarm’ akan kejut aku jugak. Hee hee…

0650-0655 Aku, dengan Chaun dan Chakun, kuar umah. Lambat beberapa minit, akan menyebabkan mereka lambat masuk sekolah, atau paling wangi pun ngam-ngam pukul 7.30

0745-0755 Aku sampai ofis. Kalau Kekasih ikut kuar awal jugak, pergi breakfast dulu (maka, waktu ni pun akan bertambah dalam 45 minit ke sejam).

1730 Memandangkan aku sampai awal pagi tadi, maka cukuplah 9 jam waktu bekerja aku. Hee hee. Kadang tu aku cabut awal (syyy..), sebab Chaun dan Chakun habis sekolah agama / ko-kurikulum pukul 5.30.

2000 Paling awal aku boleh sampai rumah. Sebab? Kami akan makan malam dulu. Maghrib kat luar (jarang dapat kat rumah.. awal² kawin dulu yelah kot). Sebagai budak SBP yang hebat, chek tak kesah makan apa pun. Kecuali Kekasih tak letih and semangat nak masak. Hehe. Kesian jugak kat dia…

2300 Ini, waktu pulang bila esok tu hari cuti (sama macam Pa’it jugak sikit-sikit hee hee); selalunya Jumaat. Atau macam semalam, sebab ada game. Aku nak bagi budak-budak ni feel, macam mana rasa tengok bola kat stadium.. macam mana rasa nyanyi lagu Negaraku bukan atas arahan Cikgu.

Kalau tak jalan-jalan, balik je rumah layan TV or DVD. Selalunya kami layan berdua je. Makhluk² halus tu acapnya dah flat time ni. Kalau tak pun, aku sendiri yang akan halau diorang tido, kecuali ada cerita best dan berfaedah untuk diorang tengok.

0000 Ini pulak, waktu tidur aku. Sebab sebelum tu, aku akan bukak laptop dan update apa yang patut (kalau kalian pengguna Android, mesti tahu yang tak semua benda boleh dibuat menerusi aplikasi Facebook dan Twitter Android kan? Terima kasih kerana memahami).

.

Dah. Tu ja la jadual aku. Sama ja tiap hari pun. Cuma jadual hujung minggu ja berbeza sikit.

Dan sama seperti Pa’it yang juga berada dalam kalangan ‘anak-anak Ustazah Hafsah’, kami diajar untuk bersyukur. At least aku hanya habiskan 9 jam untuk kerja; kecuali aku terpaksa outstation. Yang selebihnya, untuk keluarga dan bersama keluarga. Kalau nak compare, ramai ja lagi orang yang kerja jauh lebih teruk dari aku, dengan gaji yang jauh lebih kecik dan masa yang jauh lebih terhad.

Macam mana aku leh tau? Orang² tu ramai di sekeliling aku. Majoritinya, orang dalam dunia hiburan ni. Wartawan – walaupun kerja flexi hours, tapi hours diorang tu ‘di-flexi-kan’ untuk memudahkan kerja; bukan untuk memudahkan hidup diorang. Tenaga produksi? Aku baru je balik dari Pangkor minggu lepas. Aku pergi 3 hari je, rasa macam nak mati. Bayangkan diorang kerja kat atas pulau tu sebulan. Start selepas Subuh, habis kerja sebelum Subuh! Itu, belum cakap pasal artis lagi. Aliff Satar dah macam nigger dah aku tengok, burnt gile. Hehe.

Tak payah jauh. Kawan² lama aku kat production side ni pun sama. Ada yang terpaksa akur, hantar baby duduk kat kampung (or jemput orang kampung datang jaga baby kat rumah) kalau tengah recording show² besar yang korang enjoy je tengok sambil duduk atas sofa kat rumah tu + makan kacang. Hehe.

Itu baru orang² di dunia yang aku kenal. Tak campur golongan profesional yang aku tak kenal lagi – misalnya doktor, juruteknik dan semua yang kerjanya on-call. Kadang² kalau hati rasa nak terkomplen, aku bantai marah je diri sendiri. Sibuk sebab kerja? Aku yang pilih kerja ni. Sibuk sebab keluarga? Eh, aku yang nak kawin kot! Sudahnya, tak jadilah marah, dan sengih jelah sorang². Atau mengikut kamus budak Mat Jiwa – “buat muka tarik“.

Masa untuk aku? Hmm.. let me see. Setakat ni, jamming je kot waktu yang aku leh escape jap. Bukan melarikan diri, cuma ubah rutin je. Aku pun tak nak berenggang dengan Kekasih, kalau boleh. Tapi dia pun tak larat nak ikut aku selalu. Hehe. Alhamdulillah, Kekasih sentiasa faham. So selepas ni, misi kita adalah untuk basketball pulak kay.

Kesimpulannya, bila kita rasa hidup kita tak lengkap, sebenarnya sentiasa ada orang yang jauh lebih tak lengkap dari kita. At least kita masih mampu buat apa yang kita nak buat. Ada orang tu, KFC pun tengok dari dalam Bas RapidKL je, tak penah masuk pun.

Aku bukan apa.. tak berapa berkenan bila orang just mengeluh tanpa cuba cari solusi. Aku tak suka orang yang negative sangat. Nabi tak suruh pun. (Tapi aku bukan tak suka sebab Nabi tak suka, lebih kepada tak mau negative vibe tu melekat kat aku.. hee hee).

Hidup ni, satu kembara. Kembara, apa jua kategori sekalipun, semuanya kita yang tempah sendiri. Takde istilah paksa; sebab kaki kita yang jalankan kita sendiri. You can lead a horse to a water, but you can never make it drink. Makanya, kita rilek rilek sudah. And jangan lupa bersyukur. Sebab, percaya atau tidak, sambil kita mengeluh tu; somewhere ada orang dok dengar keluhan kita tu sambil nangis tersedu sebab jeles.

Hee hee.

.

.

p/s : Hang ok dah tu, bro. Hee hee.

_________________________________

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa..

Berjalan, bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnia-Nya
nilai harganya, iman dan taqwa
bagi hamba yang setia..

Tiada beza warna, kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi Tuhan..

Fikirkanlah.. di mana arah kita
renungilah..
hikmah kembara menuju kasih
buktikan cinta kita..

Kepada-Nya..
ini kembara kita..

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
di atas nikmat dan kurnia-Nya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yang setia…

..credits to mirwana (and faizal tahir.. hee hee).

Lagulagula

 .

Aku nak buat lagu.

Eh silap. Aku dah buat beberapa lagu.

Semuanya pasal classmate aku, Mr Tan namanya, cakap

Aiyaa Mr Jojoe aaa.. u tau main macam-macam, boleh nyanyi, tapi sayang laa u tak buat lagu.

(Lillahi Taala – itulah bahasanya!).

Setakat ni, aku dah ada 5 lagu.

Satu, aku dah nyanyi masa aku kawen.

Nak dengar, cari video tu. Kat Profile aku or Awis.

Tapi sebenarnya tu pun lagu ketiga yang aku tulis. Sebelum tu dah siap dua.

Lagi dua, lagu orang puteh.

Owh.. kalau macam tu, dah ada enam.

Yang ke-6 tu pun lagu orang puteh, tapi tak siap lagi.

Cuma, akan ada satu masalah bila orang tanya konsep.

Konsep apa kejadahnya kalau aku aci redah je?

Ada yang cam reggae. Ada yang ala-ala folk. Ada yang broadway.

Aku bukan pandai nak kelentong.

Aku tak ramas buku muzik. Aku cuma lahir gila muzik.

Dan tak cukup pandai untuk buat-buat pandai paham konsep apa semua pun.

Well, suka hati aku la.

Aku buat lagu yang aku suka. Bukan yang orang suka.

Aku buat lagu, siap lirik.

Nope, aku tak ikut mazhab Ajai. Itu, biar Keynoters ikut. Hehe.

Kadang dah siap lirik satu lagu, aku padam balik dan gantikan kosakatanya.

Pendek kata, aku perkosa lagu aku sendiri. Haha.

Nak dengar lagu aku?

Kasi aku 3 ribu, aku beli PC and system baru.

Baru best sikit.

.

Mekaseh.

.

p/s : Aku serius ni.

.

Buai Laju Laju

.

.

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

.

.

Itu, pantun. Syarat pantun yang paling utama, pembayang dan pemaksud mestilah serima.

Ini, bukan pantun.

Cuma kerja buat jijik seorang pelacur bahasa, yang tak langsung malu, mengaku diri penulis iklan radio.

.

.

Buai laju laju,
sampai cucur atap,
gigi belum tumbuh,
dah pandai baca kitab.

.

Kalau menyalin semula pun kau gagal,

baik bersara saja dari profesional – dan tukar saja menjadi sebenar-benar sundal, lebih afdal.

Nah, ini hadiah buatmu. Kalau saja kamu bisa hadami.

.

.

Tuai padi antara masak
esoknya usah layu layuan
mengaji tinggi sampai ke puncak
kekoknya pepatah sayu sayuan.

Berakit rakit orang ke hulu
berenang renang kita ke tepian
bersakit sakit moyang nan dulu
bersenang lenang kita ketepikan.

Dua tiga itik berlari 
mana kan sama si kucing belang
dua dasawarsa adik mengaji
masa kan sama sumbingnya mengarang?

Genggam digenggam si bara api
biar melecur arang jadinya
geram dikemam lara di hati
tegar dilacur tiang umbinya.

Kalau dah tahu hujan tak jadi
mengapa masih turun ke bendang
kalau dah tahu tulisan tak seni
mengapa masih tak gerun berdendang?

Kalau kail panjang sejengkal
jangan lautan hendak diduga
kalau tartil telanjang dangkal
janganlah watan hendak dicuba.

Apa didulang jelatah karat
kalau tercalar kaki yang sakit
Apa dijulang pepatah Barat
kalau berkandar daki yang melekit?

Jangan disambung paip berkarat
bimbang tertali air yang bisa
jangan dilambung ratib si lahanat
bimbang termangli mengkafir bahasa.

Lidah seni lidah terkiat
lisannya dunia sangga ke hati
madah ini wadah keramat
azanlah ia hingga ke mati.

.

.

.

.

.

p/s : Jual diri lagikan tega, apa sangatlah lacurkan sendi bangsa kan? Manusia.. manusia…