Apa Itu Malaysia?

Baru² ni, aku ada up satu status kat Facebook, yang berbunyi

Bila sebut ‘Malaysia’, apa agaknya reaksi pertama orang2 puteh kat sini? Bincangkan. (Ini bukan soalan, tapi saya hargai jawapan anda).

Hehe. Status yang berciri mencapab, aku tau.. tapi aku tabahkan hati. Huhuu.

Yang menjawab tu ada lebih kurang 40 orang. Majoritinya rakan² yang sama² berjuang kat Bumi Sang Ratu ni. Ada jugak sanak kaum famili dari Malaysia. Ada jugak kawan². Maknanya, responden aku terdiri daripada orang² yang memang menetap kat sini dan mampu bertanya secara terus dengan orang puteh di kiri kanan depan belakang, ada yang pernah datang sini dan berjumpa orang puteh, ada yang pernah kenal orang puteh tanpa perlu ke luar negara, dan ada juga yang aku yakin tak pernah keluar negara; apatah lagi bertanya sendiri pada mana² orang puteh. Er maksud aku, bangsa asing berperawakan Caucasian; bukan putih macam lengan aku atau Faiz Hamsidi je. LOL.

Well.. aku tak nak kot ulas setiap jawapan; semua orang ada hak untuk menjawab; dan seperti yang aku nyatakan dalam status tu sendiri, aku hargai semuanya. Aku.. cuma nak berkongsi pengalaman aku sendiri; tentang reaksi pertama mereka terhadap tanah tumpah darahku Malaysia.

Minggu pertama. Reaksi pertama yang aku dapat bila aku bagitau aku ni asal dari Malaysia adalah.. jeng jeng jeng…

Oh.. it’s a beautiful country!

Hmm. Nampak tak? Kembang tak? Aku tak tau nak kata sebab aku memang dah sedia kembang. Heh. Dan berikut adalah reaksi² seterusnya yang aku dapat (dari orang² yang berbeza):

Oh.. I didn’t know Singapore is no longer part of Malaysia!

Mahathir. I admire him. What kind of a person is he like?

Oh lamb! I loveeeeeeee lamb! I loveeeeeeee Malaysian food!

I only rent out my houses to Malaysians. Malays.

So English is not your official language? But you guys speak f**king well!

Pa-kis-tan!

Ni hau ma!

25 degree?!! That’s f**king heaven!!!

Sikit sangat? Memanglah. Menepati kehendak survey, ini semua reaksi orang puteh. Orang Arab semua tak campoq. Hehehe. Ataupun ada yang rasa positif sangat? Too good to be true? Oh oh.. adaaaaa.. ada jugak reaksi negatif. Tapi.. setakat ni satu je:

What? Why should drug pushers be put to death?! I don’t believe that anyone deserves to be killed for any reason!

Mungkin bunyi macam susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya. Orang sini tak pandai berpura. Tak suka pun berpura. Tak suka, dia kata je terus tak suka. Boring, dia kata boring. Hmm. Nak tengok tak, apa kata survey?

Hmm.. silalah lihat di bawah ye. Maaf, nama terpaksa saya kaburkan; gambaq kira halai la noo. Tak clear pun, don’t worry. Hehe. By the way; yang saya DOTkan merah tu; itulah rakan² seperjuangan saya di sini; merangkap sumber paling primer dalam survey kita. =)

Oh ya.. sambil menengok² tu, suka saya nak tanya balik, dengan soalan yang diolah semula:

Bila sebut ‘Malaysia’, reaksi pertama siapa yang lebih positif; orang² puteh kat sini ke orang²  kita kat Malaysia sendiri? Heeee heee heeee… 

.

p/s : Can you spot the NOT? ☺

___________________________________________________________________________

Status1 Status2 Status3